Setiap manusia yang berkahwin pasti ingin mempunyai cahaya mata yang menjadi penyeri dalam kehidupan berumahtangga. Agar bahtera perkahwinan yang dilayari itu lebih berseri dan seronok sekali. Keseronokan apabila kita dikurniakan cahaya mata, sudah menjadi kemestian dan lumrah kita sebagai ibu-bapa memberikan nama kepada cahaya mata itu bukan sahaja menarik sedap didengar dan dipanggil tetapi nama mempunyai seribu pengertian.
Berkenaan dengan...
... sebaik-baik nama kata Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam adalah nama yang dimulai dengan nama Muhammad ataupun Ahmad".
Ini adalah nukilan dari hadis yang berikut:
أَخْبَرَنَا أَبُو مُحَمَّدٍ الْحَسَنُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْعَبَّاسِ الشَّرْكَسِيُّ ، أنبا أَبُو حَامِدٍ أَحْمَدُ بْنُ خَلَفٍ اللَّيْثِيُّ الْحَيْكَانِيُّ ، ثَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبٍ الرَّاشِكِيُّ ، ثَنَا أَبُو عَلِيٍّ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ الْقَاسِمِ النَّسَوِيُّ ، ثَنَا حُمَيْدُ بْنُ زَنْجُوَيْهِ ، ثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ ، ثَنَا الْمُعَلَّى بْنُ عُرْفَانَ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا جَعْفَرٍ مُحَمَّدً الْبَاقِرَ ، يَقُولُ : أَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ : مُحَمَّدٌ ، وَأَصْدَقُهَا عَبْدُ اللَّهِ ، وَأَبْغَضُهَا خَالِدٌ.
(Hadis Maqtu')
Lafaz asal hadith ini berbunyi: "أَحَبُّ الْأَسْمَاءِ إِلَى اللَّهِ : مُحَمَّدٌ ...yang membawa maksud "nama yang paling dicintai di sisi Allah ialah: Muhammad..." , hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Bukair al-Baghdadi dalam Fadhail al-Tasmiyah Bi Ahmad wa Muhammad (no. 10) dari Abu Ja'far Muhammad bin al-Baqir maqtu' sebagai kata-katanya sahaja dan bukan sebagai sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam.
Riwayat ini Dha'if Jiddan bahkan Munkar, padanya terdapat sekurang-kurangnya 6 kecacatan:
Dalam isnadnya terdapat perawi bernama al-Mu'alla bin `Urfan, seorang yang melampau ghuluw syi'ahnya dan didhaifkan oleh para nuqqad hadith, berkata Imam al-Bukhari tentangnya: "Munkarul Hadith" (al-Tarikh al-Kabir (4/395)), dan berkata Imam al-Nasa'i: "Matruk al-Hadith" (Lisan al-Mizan (6/44)).
Juga dalam isnadnya terdapat perawi bernama Abu Muhammad al-Hasan al-`Abbas al-Syarkasiy, dan dia adalah Majhul. Abu Hamid Ahmad bin Khalaf, Abu `Abdullah al-Rasyiki,Abu `Ali Ahmad al-Nasawiy, juga Majhul.
Lafaznya bercanggah dengan hadis sahih riwayat Imam Muslim dalam kitabnya al-Sahih (no. 2132) berbunyi:
حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ زِيَادٍ وَهُوَ الْمُلَقَّبُ بِسَبَلَانَ أَخْبَرَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ وَأَخِيهِ عَبْدِ اللَّهِ سَمِعَهُ مِنْهُمَا سَنَةَ أَرْبَعٍ وَأَرْبَعِينَ وَمِائَةٍ يُحَدِّثَانِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ
Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Ziyad dan dia di juluki dengan nama Sabalan, Telah mengabarkan kepada kami 'Abbad bin 'Abbad dari 'Ubaidullah bin 'Umar dan saudara laki-lakinya 'Abdullah yang dia dengar dari keduanya sejak tahun 144H, keduanya menceritakan dari Nafi' dari Ibnu 'Umar ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya nama-nama yang paling disukai Allah Ta'ala ialah nama-nama seperti: 'Abdullah, 'Abdurrahman." (Hadis Sahih Muslim No 3975, juga di dalam hadis Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi dengan lafaz perawi yang berbeza)
Untuk mengetahui nama anak-anak yang mempunyai maksud atau makna yang baik sila <klik sini>
6 comments
Write commentssalam singgah. inshaAllah anak-anak amanah ibu bapa, haruslah diberikan nama dan dipanggil dengan nama yang indah serta maksud yang baik agar ibu bapa pun dapat manfaatnya
Replyterima kasih di atas perkongsian ini mselim... bolehlah jenguk2 untuk 2nd one ke?
ReplySalam mSelim. Menarik artikel ni, malangnya hari ini nama anak sangatlah soleh dan solehah tapi perangai luarbiasa mcm Syaitan..
ReplyAssalam MSelim3;
ReplyNama itu satu doa.. pilihlah yg sebaik2nya.. T kasih diatas perkongsian ini.. salam rabu.. :)
Perkongsian yang menarik..
ReplyThanks share mselim...maksud nama niesa sebaik-baik wanita....hehehehe
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon