Raihanah Tawanan Bani Quraizhah

isterirasullulahsaw


Setelah menikahi Zaiban binti jahsy ketika bulan Muharam tahun ke 6 Hijrah. Rasullulah saw menikahi Raihanah binti Syam'un bin Khurnafah bin Syam'un bin Zaid, daripada keturunan Bani an Nadhir, saudara Quraizhah. 


Sebelum itu dia adalah isteri kepada seorang lelaki keturunan Bani Quraizhah. Ada yang mengatakan namanya Hakim. Sebahagian perawi menyatakan Raihanah berasal daripada Bani Quraizhah kerana pernikahannya dengan lelaki Bani Quraizhah. 

Raihanah merupakan seorang wanita yang cantik dan berwibawa. Dia ditawan pada bulan Zulkaedah tahun ke 5 Hijrah dalam peristiwa Quraizhah. 

Dia adalah tawanan Rasullulah saw , Rasullulah menawarkan pilihan kepadanya antara memeluk islam atau tetap pada agamanya. Dia memilih islam lalu dibebaskan dan dinikahi Rasullulah saw. 

Maharnya sebanyak 12 uqiyah (480 dirham)  dan satu nasy. seperti mahar baginda dengan isteri-isteri yang lain. 

Walimatul urus Raihanah berlangsung pada bulan Muharam tahun ke 6 Hijrah di rumah Ummu al Mundzir, Salma binti Qais. 

Nabi Membuatkan tabir (hijab) untuknya. Dia sangat cemburu kepada Nabi kemudian Nabi menceraikannya dengan sekali talak. Dia terus-menerus menangis mendengar keputusan itu. Ketika Nabi datang kepadanya dia masih tetap menangis. Lalu Nabi merujuknya semula. 


Dia tetap menjadi isteri Nabi sehingga meninggal dunia ketika nabi pulang daripada haji Wada dan dikebumikan di Baqi. 

Ada yang berpendapat , Nabi tidak tidak pernah menikahinya. Ada yang meriwayatkan bahawa Rasullulah saw belum membebaskannya , Nabi menyetubuhinya sebagai hak milik tahanan. Nabi pernah memberikan pilihan kepadanya dan jika kamu suka kamu aku jadikan sebagai hak milikku." 

Dia menjawab,"Wahai Rasullulah aku memilih menjadi hak milikmu dan jika itu lebih ringan bagiku dan bagimu. 

Dalam sirah Ibnu Hisyam. disebutkan bahawa ketika Raihanah ditawan dia menolak memeluk islam dan tetap dengan agama Yahudi. Namun ketika Rasullulah menyatakan ingin menikahinya dan melakukan hijab dia berkata ,"Biarlah aku menjadi hambamu kerana ia lebih mudah bagiku dan bagimu,"Tetapi kemudian dia menolak. 

Muhammad bin Umar al-Aslami menyatakan , kami pendapat yang paling benar adalah pendapat yang pertama. Ia paling sahih menurut para ulama. 

Abu al-Faraj Abdul Rahman bin al-Jauzi menceritakan suatu riwayat daripada az-Zuhri, dalam kitabnya at-Takqih dia menyatakan Nabi saw menawan Raihanah kemudian dibebaskan dan kembali bertemu dengan keluarganya. " 

Melalui perbezaan pendapat itu, para sejarah bersepakat bahawa Raihanah adalah seorang wanita yang telah memeluk islam pada zaman Rasullulah saw masih hidup. Dengan itu, dia dianggap sebagai sahabat wanita, walaupun statusnya sebagai isteri Nabi atau bukan, masih terdapat perbezaan pendapat. Wallahu a'lam...

Sumber : 100 wanita disisi Rasullulah   
Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
Cik Nor
AUTHOR
January 26, 2014 at 2:57 PM delete

assalamualaikum..mselim

perkongsian yg hebat..

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
January 27, 2014 at 1:46 AM delete

Alhamdulillah...suke baca kisah mcam ni... mrasa kagum.. In Shaa Allah..sama2 ambil pngjaran

Reply
avatar
January 27, 2014 at 6:36 AM delete

assalamualaikum mselim,

hebat perkongsian ni, menarik..

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
January 27, 2014 at 12:10 PM delete

Salam Sahabat...
Perkongsian menarik...semoga jadi semangat dan ikutan dizaman ini.

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
January 27, 2014 at 6:42 PM delete

salam bro muslim..
terima kasih ats pkongsian..menarik :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 27, 2014 at 7:35 PM delete

perkongsian yg menarik mselim
baru tahu pasal kisah raihanah ni

Reply
avatar
January 28, 2014 at 12:33 AM delete

Assalamualikum mselim.. acik tak pernah baca pula kisah ini ..terima kasih atas perkongsiaannya ..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 28, 2014 at 8:41 AM delete

husna ada kawan nama raihanah.. bekas jiran masa kat kolej dulu.. :)

Reply
avatar
Karen Monica
AUTHOR
January 28, 2014 at 2:49 PM delete

puteri belum pernah membaca kisah ni...terima kasih berkongsi

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
January 28, 2014 at 3:57 PM delete

Assalam MSelim3;
T kasih diatas perkongsian. Ilmu yg sgt baik utk dibaca & diketahui semua..

Reply
avatar
Niesa
AUTHOR
January 28, 2014 at 4:14 PM delete

Assalammualaikum mselim3,thanks share kisah2 yg niesa x pernah baca!hehe..syukran2..

Reply
avatar
Zam
AUTHOR
January 28, 2014 at 9:02 PM delete

jarang kan kisah ttg isteri Rasulullah Sallallahualaihiwasalam yg seorang ini :)

Reply
avatar
Hafizul
AUTHOR
February 2, 2014 at 1:37 AM delete

banyak lagi rupanya yang saya tak tahu..thanks kongsikan..hehe

Reply
avatar
Nick Nashram
AUTHOR
February 3, 2014 at 8:46 AM delete

pernah mengajar subjek pend islam thn lepas..ada jugak bab-bab pasal isteri2 nabi..tapi yg biasa kite dgr je la..perkongsian baru ne :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 4, 2014 at 10:42 PM delete

Salam..bukankah nama bliau zainab ..?adakah ia ralat?(zaiban)

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
May 5, 2014 at 11:44 AM delete

Assalammualaikum... sahabatku biskut solty II,

betul memang nama betul nama zaiban .. insaallah dah check tadi takder taiping error.. terima kasih atas teguran tu.

mselim3

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon