Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberikan curahan air walaupun setitik. "
Mendengar keluhan itu Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusn untuk diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja Imam Abu Hanifah sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan itu yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui daripada mana datangnya lalu dia pun membukanya. Setelah dibuka, alangkah terkejutnya apabila ia mendapati ada wang dan secebis kertas yang bertulis "Hai, manusia sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian , kamu tidak perlu mengeluh nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah swt dan cubalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan berputus asa tetapi teruslah berusaha."Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan kali berbunyi :"Ya Allah yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah , sudilah kiranya memberikan bungkusan seperti kemarin sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sesungguhnya Jika Tuhan tidak memberi akan lebih sengsaralah hidupku.
Mendengar keluhan itu, Imam Abu Hanifah pun melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang malang tadi terlalu gembira mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu ada secebis kertas lalu membacanya:"Wahai kawan bukan begitu berdoa tetapi perlu berusaha dan berikhtiar. Perbuatan seperti ini "malas" namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah swt. Sungguh tidak redha Allah melihat orang malas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Janganlah berbuat demikian . Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan.
Allah tidak akan perkenankan doa orang yang malas bekerja dan berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah swt. Insaallah akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa . Kemudian, carilah pekerjaan semoga kamu berjaya mendapatkan pekerjaan."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung dia termenung dan insaf akan kemalasannya selama ini. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak itu, sikapnya telah berubah dan tidak malas lagi serta ingat pada nasihat yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah itu.
Dalam islam, tiada istilah pengangguran , istilah ini hanyalah digunakan oleh orang yang berfikiran sempit, islam mengajar untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita "bermalas-malasan".
Sumber : Kisah untuk renungan
18 comments
Write commentsAssalammualaikum mselim3,
ReplySuka baca entry ni..utk berjaya kita perlu la berusahakan?tanpa usaha kita xkn berganjar dr tmpt yg kita bdiri sekarang..usaha,doa dan tawakal..rezeki ada dimana2.. Thanks for sharing... :)
nice sharing
Replysalam..nice story utk dikongsi buat ibrah bg kita supaya x malas2 berusaha..rejeki tu kan sudah ditetapkan Allh cuma dari kta saja nak busaha nak cari atau sebaliknya :)
Replysangat setuju, sifat malas tak menguntungkan, ruugi lagi ada laa....
Replypaling penting kita usaha, ikhtiar dan tawakal pada Allah swt...bukan doa tapi tak usaha :)
semoga dijadikan pengajaran kisah ni~
tak elok malas2.. mselim pun jgn malas2 tau... >_<
Replyassalamualaikum,,, tunjang utama kesabaran dan jangan sesekali putus asa! semangat kena kuat...
Replycerita yang penuh pengajaran... tapi masyarakat kita sekarang kurang sedar akan hakikat ini...
berkerja sambil berdoa tanpa putus asa . sikit2 lama2 jadi bukit dan hidup pun selesa .
Replyalhamdulilah entri yang sangat berguna ^_^ orang yang pemalas tidak di sukai oleh ALLAH
ReplyBerusah, berdoa dan bertawakkal...In Shaa Allah berjaya!!!
Replykisah yang simple, tapi penuh pengajaran..elok anak-anak baca kisah macam ni
Replyika singgah pagi menabung untuk mselim :)
ReplyAssalam.. entri ini menyampaikan mesej yg sgt baik. T kasih diatas perkongsian peringatan ini. Mudah2an bersama semua beroleh keberkatan.. aamiin..
ReplyAssalaamualaikum mselim3,
ReplyWajar dijadikan renungan terutamanya buat siswazah2 kita yang terlalu memilih kerja.
Tiada yang datang bergolek dgn sendirinya melainkan dgn usaha.
Replythanks for sahring mselim..skuke bace entry yg bermanfaat kt sini..time kasih ;)
Replybukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.. =)
Replyika menabung untuk mselim :)
Replysalam kenal, saya sangat suka dengan artikel ini... ^_^
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon