Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuruh cahaya
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuruh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgasanaMu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok
Serik menghiasi singgasanaMu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpulan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu Tuhan Pencipta alam
Dalam simpulan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu Tuhan Pencipta alam
(Korus)
Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabadianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu
Sungguh agung pengabadianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Lagu : Munif Ahmad
Lirik : Abdul Kahar
Hakcipta Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn Bhd
17 comments
Write commentssalah satu lagu kegemaran ika! :)
Replyika singgah menabung untuk mselim~
assalamualikum mselim..best lagu nie ^_^
ReplyMasa Skolah menengah abak selalu naynyi lagu ni..
ReplyZaman sekolah dulu, ada member kelas nama Rabiatul Adawiyah, jadi glemer satu sekolah sebabkan lagu ni. Hhee
Replybest lagu nie..:)
ReplyAssalamualaikum mselim3,
ReplySedap lagu ne..tenang je rase...
IM suka lagu ni. Hehe
Replyrabiatul adawiyah , serikandi agung ...
Replylagu nie mmg best.. fiza suka...
Replyanak buah yumida ade nama adawiyah
Replyselalu je usik dia dgn lagu ni
pastu dia tersipu2 malu sambil sorokkan gigi rongak dia..kelakar je tgk
isi tabung nuffnang sini-zakat
Sedap..sejuk aje dengar...
Replyika singgah menabung mselim :)
ReplySalam Tuan,
ReplySaya suka dengar nasyid ini..ia menyentuh kalbu
walaikumsalam wr wb
Replyalhamdulillah
ika singgah menabung :)
Replycarilah lagu "Ainul Mardhiah",... nama anak mama tu.. kihkih..
Replyselamat tengahari..
lagu yang penuh makna
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon