Hukum Menghisap Shisha?

hukum-hisap-shisha

Pernah tidak kekawan menghisap shisha yang dihidangkan di kedai-kedai mamak maupun kedai-kedi makan biasa. Shisha pernah menjadi trend suatu masa dahulu. Mempunyai pengaruh yang tersendiri shisha ini, kerana dikenali sebagai pemanis mulut kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Apa itu Shisha?

Shisaha merujuk kepada rasa tembakau yang digunakan dalam proses merokok dengan menggunakan hookah juga dikenali dengan nama "gelembung hubble" dan "narghile". Shisha adalah panggilan dalam bahasa Arab. 


Kalau di India dipanggil hookah, maksudnya 'waterpipe'. Tembakau ditempatkan dibahagian di dalam mangkuk yang diletakkan dibahagian atas bahagian paip.

Sebuah aluminium foil merangkumi mangkuk dan potongan arang kecil. Kemudian ditempatkan di foil yang ditusuk dengan menggunakan pin dengan lembut panas tembakau. Kemudian disedut dengan menggunakan paip. Kemudian udara daripada atas akan melalui tembakau dan terus masuk ke dalam air dan asap akan dialirkan ke paip untuk disedut. Perisa terdiri daripada perisa vanilla,rose dan coklat serta pelbagai perisa yang lain bergantung kepada pemintaan pelanggan dan stok yang ada.  

Hukum Hisap Shisha.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.
     
  2. Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
    1. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :
      Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
       
    2. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;
      “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
       
    3. Sabda Rasulullah s.a.w :
      Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
       
    4. Kaedah Usul Fiqh:

سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan” 

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
Kredit : Jakim 
Previous
Next Post »

16 comments

Write comments
Niesa
AUTHOR
December 10, 2013 at 1:38 PM delete

assalammualaikum mselim3,
sekarang dh tau apa hukum menghisap shisha ni..seblm ni tertnya2 jgak sbb semakin byk kedai2 yg menyediakan shisha utk pelanggan

Reply
avatar
fragmenbiru
AUTHOR
December 10, 2013 at 1:43 PM delete

Naazubillahi minzalik.. sama-sama kita jauhinya... yang jelas halalnya masih banyak..

Reply
avatar
TelingaBulat
AUTHOR
December 10, 2013 at 1:56 PM delete

nice info mselim,xtau plak shisha rupenye xblh..die same je cm rokok..but this one non filter..kalau rokok sekurg kurangnya still ada filter..sepatutnye malaysia jgn bawak masok shisha ni

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
December 10, 2013 at 3:37 PM delete

harap mereka yang masih hisap rokok baca la artikel nie kan.. ternyata barang yang memburukkan kesihatan dikategorikan sebagai haram.. tiada lagi dakwa dakwi lagi..

Reply
avatar
Shahrul Yusof
AUTHOR
December 10, 2013 at 3:58 PM delete

Shisha dan sebarang aktiviti mengeluarkan asap ni memang saya tak pernah sentuh. Kalau sentuh, memang berat jadinya penyakit asma saya ni.

Reply
avatar
fizalinolie
AUTHOR
December 10, 2013 at 5:05 PM delete

Info yang menarik. Tapi fiza tak pernah lagi tengok secara live bentuk shisha mahupun yg menghisapnya. Jakun kan :)

Reply
avatar
December 10, 2013 at 6:55 PM delete

acik tak pernah lagi merokok dan shisha..

walaupun telah tahu haram ..tetapi ramai yang masih mengabaikan n still hisap lagi..Masya ALLAH

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
December 10, 2013 at 10:17 PM delete

terima kasih berkongsi bro muslim..
walaupun ramai tahu shisha,,,rokok... rokok eletronik itu haram.. tapi masih ramai yang mempertikaikan..
baca entry ni dijadikan pringatan utk dri sendiri..

Reply
avatar
Admin
AUTHOR
December 10, 2013 at 11:44 PM delete

terima kasih di atas informasi ini bro. baru2 ni memang kata diharamkan tapi masih ramai je yang jual shisha merata.

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 11, 2013 at 1:04 AM delete

Dalam khutbah Jumaat pun telah diterangkan hukum menghisap shisha...Semoga ianya terang dan jelas, tiada lagi kekeliruan.

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
December 11, 2013 at 2:27 AM delete

Assalam MSelim3.. bagus info ni. Mudah2an kita semua dijauhi dari benda ni.. aamiin..

Reply
avatar
December 11, 2013 at 8:29 AM delete

salam

mungkin ramai yang menghisap shiha ini menganggap hukumnya makruh..tapi bagi golongan sufi sekuat hati menjauhi perkara makruh kerana Allah SWT tidak suka

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
December 11, 2013 at 4:28 PM delete

tak suka tengok orang hisap benda tu..lagi bagus kalau tak diwujudkan shisha dan rokok..hehe

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
December 11, 2013 at 11:03 PM delete

banyak sebenarnya yang halal, tapi orang suka cari yang haram hmmm
ika tak suka lelaki merokok dan hisap shisha ni..
asap bau busuk, penghisap tu juga berbau busuk...

Reply
avatar
December 18, 2013 at 2:11 PM delete

benda yang kurang baik dan tak menguntungkan, seeloknya dijauhi

Reply
avatar
Farina
AUTHOR
June 19, 2015 at 12:01 PM delete

jangan la kita membinasakan diri kita dengan benda haram. shisha dan rokok ni membazir duit sahaja dan bahayakan kesihatan.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon