Mengembara beribu batu untuk menuntut ilmu,mempelajari dan mengumpul hadis-hadis Rasullulah saw bukanlah kerja mudah. Tapi itulah minat dan kecintaan lelaki luar biasa ini. Kesungguhannya amat luar biasa amat ketara walaupun umurnya masih muda remaja.
Pernah Imam Bukhari bermusafir 8,000 kilometer untuk mendapatkan sepotong hadis sahaja.
Bagaimanapun, beliau sangat teliti dalam menyaring hadis-hadis yang diterimanya sebelum mengklasifikasikannya sebagai hadis sahih.
Satu ketika beliau pergi ke rumah seorang perawi hadis. Beliau melihat orang berkenaan sedang menabur sesuatu kepada binatang ternakannya. Rupa-rupanya dia menabur pasir untuk mengumpan haiwan itu supaya mendekatinya.
Melihat perbuatan orang tersebut, terdetik di dalam hati Imam Bukhari,"Kalau orang ini boleh berlaku tidak jujur dengan haiwan, dia juga boleh berlaku tidak jujur dengan ilmu."
Bagaimanapun, sekiranya beliau tidak menerima hadis-hadis yang diragui perawinya, Imam Bukhari tidak akan menyebut keaiban perawi-perawinya atau mencela mereka. Beliau hanya mengatakan,"Hadis ini tidak mencukupi syarat" atau "Hadis ini tidak dipakai orang".
Sewaktu kecilnya, Imam Bukhari telah hilang penglihatannya. Ibunya tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar penglihatan anaknya pulih.
Dalam mimpinya itu Nabi Ibrahim as berkata:"Wahai ibu! Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan doamu yang tulus dan sepenuh hati."
Keesokkan harinya, ketika si ibu bangun dari tidur beliau amat terkejut dan gembira melihat anaknya Muhammad (nama sebenarnya Imam Bukhari) pulih penglihatannya.
"Muhammad , kau telah dapat melihat semula?,"kata ibunya.
"Ya, ibu berkat doa ibu ,"jawab Imam Bukhari dengan wajah ceria. Berkat doa ibu Imam Bukhari . Sebagai tanda kesyukuran, si ibu merelakan anaknya berpisah daripadanya dan merantau menuntut ilmu.
Imam Bukhari telah menghabiskan sebahagian umurnya mengembara ke pelbagai tempat untuk belajar dan mengumpul hadis untuk dimuatkan dalam kitabnya,"Sahih Bukhari" .
Pada suatu malam Imam Bukhari bangun menyalakan lampu lalu pergi menyucikan diri. Kedinginan malam langsung tidak mengoyahkan azam dan niatnya untuk bermunajat pada tuhan pada Allah. Seolah-olah dia sudah lali.
Setelah menunaikan beberapa rakaat solat, dia mengambil masa menulis dan menyalin kembali hadis-hadis yang baru diterimanya. menjelang subuh, beliau menyambung solatnya sebanyak 13 rakaat lagi.
Pada masa yang lain pula, beliau akan berwuduk dan melakukan solat dua rakaat setiap kali hendak menulis sesebuah hadis di dalam kitabnya "Sahih Bukhari'. Bagi beliau hadis adalah wahyu Allah jua ,maka kepadaNya beliau mohon pertolongan untuk menyempurnakan kerja mengumpul dan menyaring hadis-hadis yang dipusakakan oleh Rasullulah tercinta.
Beliau juga sangat khusyuk dalam solatnya. Pernah Imam Bukhari meminta tolong kawan-kawannya membuang sesuatu di belakang badannya yang membuatkan dia rasa tidak selesa setelah bersolat.
"Masya Allah, kau disengat lebah seru kawannya dengan nada hairan. Di belakang badan Imam Bukhari terdapat kesan-kesan lebam sengatan lebah. Kebiasaannya, orang yang kena sengat lebah akan menjerit dan mungkin jatuh pengsan. Pelik, serangan lebah-lebah itu tidak sedikit pun menggangu solatnya.
Namun, tidak ada yang aneh bagi manusia besar seperti Imam Bukhari ini. Sejak ia mula mengangkat takbir yang pertama solat hinggalah selesai solat tiada ruang di hatinya untuk yang lain selain bermunajat dengan penciptaNya Yang Maha Pengasih.
Kredit : Sumber
14 comments
Write commentssubhannallah hebatnya khusyuk beliau dalam solat, sehinggan disengat lebah pun masih meneruskan solat tanpa rasa terganggu...
ReplyAssalamualaikum mselim3...
ReplySubahanAllah...khusyuk nye beliau solat...
Assalammualaikum mselim2,
Replysungguh hebat khusyuk beliau dalam solatnya..SubhanAllah..
Salam mselim3,
ReplyAlangkah indahnya jika dapat solat kusyuk spt Imam Bukhari.
betapa khusyuk nya solat beliau.. salam jumaat m selim...
ReplySubhanallah.. betapa khusyuknya imam solat..
Replyjauh beza dgn diri ini..=(
Betapa khusyuknya Imam Bukhari. Kita hari ni kena gigit nyamut sikit pun dah rasa tak selesa. Hmm
Replyallahuakbar sungguh khusyuk betul solat beliau ..kagum
ReplySubhanallah.. khusyuk yg benar2 khusyuk...
Replyika singgah menabung, mselim dah takde shoutbox ye?
ReplySubhanallah, teguh serta kusyuknya beliau..
Replysubhanallah.. nebat betol imam bukhari ni..
ReplySubhanallah..muhasabah diri
ReplyAllah SWT berkehendak menunjukkan kebesaranNya kepada kita untuk kita imani
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon