Wali Songo - Sunan Gunung Jati

makam-sunan-gunung-jati

Sunan Jati adalah gelaran yang diberikan kepada kepada Wali Songo yang ke sembilan. Beliau juga dikenali dengan nama Fatahillah . Nama asal beliau ialah Ibrahim bin Maulana Asy-Syeikh Israil, bergelar Luqab Nuruddin atau Syarif Hidayatullah atau Sayid Al-Kamil atau Makdum Rahmatullah.

Menurut riwayatnya beliau adalah keturunan Rasullulah yang dilahirkan dan dibesarkan di Pasai. Beliau adalah seorang alim yang dimuliakan dan juga seorang panglima perang yang banyak kesaktiannya (karamah). 

Beliau pergi ke Mekah untuk meninggikan pengetahuan agama islam dan pulang ke Demak tahun 1521 Masihi. Beliau tidak pulang ke Pasai kerana Pasai ketika itu dikuasai oleh Portugis. 

Sejak itu, beliau mengajar agama islam kepada anak-anak raja dan orang ramai tetapi ternyata beliau juga ahli dalam soal politik negara dan siasah perang (panglima perang). 

Adab sopan atau akhlaknya yang mulia menunjukkan bahawa beliau berdarah bangsawan. Raja Demak, Pengeran Terenggono amat tertarik hati kepadanya lalu dikahwinkan Fatahillah (sunan jati) dengan salah satu adindanya. 

Tidak lama selepas itu, Karamah atau kesaktiannya terserlah lalu beliau diangkat menjadi panglima perang dan dikirim untuk menakluk Jawa Barat dan berjaya menegakkan dua buah kerajaan islam di Bantam dan Chirebon. 

Selain itu, beliau juga berjasa besar sebagai penaklukkan Pajajaran pendiri negeri Jakarta dan panglima yang berjaya membantutkan rancangan penaklukan Portugis di tanah Jawa. 

"Fatahillah" bererti kemenangan Allah itu diberikan kepadanya oleh orang alim ulama tempatan yang kagum dengan kemenangan besar yang dicapai oleh beliau pada masa itu. 

Dikatakan bahawa pada masa itu, tentera Potugis sudah bersiap sedia untuk menakluk Jawa. Mereka sudah menakluk Melaka dan sasaran mereka yang pertama di Jawa kelak ialah Sunda Kelapa  ialah sebuah pelabuhan penting yang strategik untuk menangkis serangan balas tentera Demak-Islam yang sedang bertambah kuat pada masa itu. Tetapi dengan kebijaksanaannya Fatahillah berjaya menawan Sunda Kelapa Sebelum Portugis sampai ke situ dan serangan angkatan perang Portugis kemudiannya dapat ditangkisnya dengan mudah. Fatahillah kemudian memberikan nama baru kepada Sunda Kelapa iaitu Jayakarta atau Kota Kemenangan sesuai dengan gelarannya sendiri Fatahillah yang bermaksud kemenangan Allah


makam-sunan-gunung-jati

Beliau kemudian lebih terkenal dengan gelaran Sunan Gunung Jati kerana makam beliau terletak di Gunung Jati, Chirebon. 

Sumber :  

Siapa Wali 
Halaman 138-139
Previous
Next Post »

15 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
November 30, 2013 at 2:06 PM delete

Assalamualaikum, Maaf yek lama tak singgah blog sedara MSelim ni...hope blog ni terus maju dan dipenuhi entry berilmu...nice sharing..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
November 30, 2013 at 3:01 PM delete

Assalamualaikum En. Mselim...

Idah dah pernah sampai di Makam Sunan Ampel.. di Surabaya... :D

Reply
avatar
sobri yaacob
AUTHOR
November 30, 2013 at 3:21 PM delete

asalamualaikum selim..
perkongsian yg menarik..
alhamdulilah dpat menambah ilmu pngetahuan :)

Reply
avatar
Fiza Aizzawa
AUTHOR
November 30, 2013 at 6:00 PM delete

bos fiza selalu sebut wali songo nie.. baru hari nie Fiza tahu ceritanya...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
November 30, 2013 at 6:52 PM delete

Semoga Allah akan menghidupkan ramai lagi Wali Songo di muka bumi yang ramai memusuhi Islam di zaman moden ini..Amiin

Reply
avatar
RIZZNA
AUTHOR
November 30, 2013 at 8:21 PM delete

laksmana sunan... mcm pendekar dlm novel

Reply
avatar
Affy Afiqah
AUTHOR
November 30, 2013 at 8:49 PM delete

bila baca entri ni terus terfikir, novel laksamana sunan yang ika baca tu betul ke, memang wujud ke laksamana sunan tu huhu

Reply
avatar
Sukma
AUTHOR
November 30, 2013 at 9:03 PM delete

nice sharing MSelim.....banyak yang ingin diketahui......

Reply
avatar
Khir Khalid
AUTHOR
November 30, 2013 at 10:16 PM delete

Assalam.. t kasih diatas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini ye..:)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 1, 2013 at 7:40 PM delete

pernah dengar namanya tapi tak pernah tau siapa dia. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Reply
avatar
December 2, 2013 at 3:39 AM delete

saya baca kisa wali lebih bermotivasi dan inspirasi

Reply
avatar
BinMuhammad
AUTHOR
December 3, 2013 at 1:55 AM delete

Salam mselim3,
Kurang masa utk bw...maaf ye.
Terima kasih krn terus support RM
Sedekah iklan disini.

Reply
avatar
December 3, 2013 at 12:38 PM delete

acik suka baca tentang wali songo ^_^ terima kasih atas perkongsiaannye

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 17, 2013 at 10:45 AM delete

Subbahanallah, begitu hebatnya Sunan Gunung Jati atas karamah Allah SWT

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon