Assalammualaikum...wkt,
mselim3 hari ini ingin berkongsi pembacaan mselim3 hari ini berkenaan dengan tajuk "Kenapa Tidur Perlu Padam Lampu". Ini adalah suatu sunnah dan salah satu teguran nabi ke atas sahabat kerana ketika itu ada satu kejadian dimana masa itu ada rumah para sahabat yang hangus terbakar dijilat api.
Ini kerana jika kita berfikir secara rasional adalah banyak mudarat yang boleh berlaku ketika tidur jika tidak padam lampu :
1- Api yang menyala itu boleh terbakar jika dilanggar oleh binatang perliharaan. Jika tidak pun lampu elektrik sekarang ini jika tidak di "switch off kan" boleh mengundang lintar pintas jika penggunaan melebihi had yang sepatutnya . Maka disini , adalah jelas sesuatu yang disuruh atau ditegah oleh Rasullulah saw itu mengandungi hikmah dan pengajaran yang tertentu bagi mereka-mereka yang berfikir.
2- Disamping tidur di dalam kegelapan ini supaya kita sebagai hamba mengakui kebesaran Allah swt dalam kegelapan dan merenung kehidupan kita apa yang boleh kita lakukan dalam kegelapan malam, serta bagaimana dengan kehidupan kita di dalam kubur yang gelap gelita nanti, jika tanpa ada bekalan yang mencukupi di dunia ini.
3- Menyenangkan atau memudahkan melelapkan mata setelah penat seharian berkerja di siang hari. Malam adalah masa untuk manusia merehatkan badan.
Ini kerana jika kita berfikir secara rasional di zaman Rasullulah saw ada ker lampu elektrik seperti zaman sekarang .Tetapi apa yang jelas wahyu yang diberikan kepada Rasullulah adalah amat sesuai pada segala zaman. Ini kerana wahyu yang diberikan kepada Rasulllulah adalah ilham daripada Allah swt. Atas dasar ini marilah kita sama-sama praktikkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang .
Larangan Membiarkan Api Menyala Ketika Masuk Tidur
Dari Ibn Umar ra dari Nabi Saw :
"Janganlah engkau membiarkan api itu dalam rumah-rumahmu dalam keadaan menyala, ketika engkau masuk tidur."
~Mutafaq'alaih~
Dari Abu Musa al-Asy`ari ra : "Ada rumah terbakar di Madinah mengenai keluarga rumah itu di waktu malam."
Setelah Rasullulah saw diberitahu akan hal itu, tentang ada rumah terbakar tadi, lalu beliau bersabda :"Sesungguhnya api itu adalah musuhmu semua, maka dari itu jikalau engkau semua masuk tidur, padamkanlah api itu dulu."
~Muttafaq'alaih~
Dari Jabir ra dari Rasullulah saw bersabda:
"Tutuplah wadah (bekas minuman), ikatlah mulut tempat air atau sumbatlah, tutuplah semua pintu dan padamlah lampu. Sebab sesungguhnya syaitan itu tidak dapat menguraikan tempat air,tidak dapat membuka pintu , juga tidak dapat membuka wadah.
Jikalau seseorang di antara kamu semua itu tidak dapat menemukan, melainkan dapat memalangkan sebatang tangkai kecil di atas wadahnya dan menyebut nama Allah, maka hendaklah dia melakukan saja yang ia dapat melakukannya itu. Sesungguhnya tikus dapat membakar rumah dari sesuatu keluarga. "
~Riwayat Muslim~
Sumber Rujukan :
Buku "Riyadhus Shalihin"
Halaman 1521-1522
Imam Nawawi
6 comments
Write commentsgood sharing
ReplyAssalamualaikum Mselim,
ReplySalam aidilfitri.. dan maaf jika sepanjang perkenalan dialam maya .
firda mmg suka tidur ttp lampu, tapi ank dara firda akan nangis bila off, so kami pasang lampu tidur je ..
saya ada dgr jugak tak elok untuk kesihatan sebenarnya bila tido lampu terpasang. tak sgka bende ni jadi sunnah. tq shre.
Replyoh. baru tahu . tapi memang hana jenis yang x ley tido klo lampu terbukak. mesti kena ttup jugak.
Replysunnah rupanyer tutup lampu nie..
Replytak tahu ler pulak..
thanx for info.
Dah nak tidor, mata pun pejam...xperlu pun lampu yg terang tu :)
ReplySetiap sunnah itu jelas nyata sebab dan kebaikannya...ikut sajalah, pahala pun dapat...
Thx mselim3
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon