Siapakah sebenarnya Azazil? Barangkali persoalan ini tidak pernah terlintas dalam fikiran kita kerana kita tidak pernah tahu akan wujudnya makhluk yang bernama Azazil ini. Namun, makhluk ini masih hidup sehingga kini dan ia berada dekat dengan kita. Ada juga diantara kita yang beranggapan bahawa Azazil ini merupakan sejenis malaikat . Namun sebenarnya ia bukanlah malaikat tetapi ia adalah sejenis makhluk yang berasal daripada golongan jin dan kerana kuatnya dia beribadat, dia telah diangkat menhadi Ketua Malaikat. Oleh kerana keangkuhannya dia telah menjadi makhluk yang paling dilaknat oleh Allah swt dan dialah yang dikenali sebagai Iblis perosak anak cucu adam sehingga hari kiamat. Mari kita ikuti kisah Azazil yang diusir dari Syurga.
Nama asal Iblis adalah Azazil dia tinggal di bumi. Dia sangat taat dengan perintah Allah swt dan telah menyembah Allah selama 1000 tahun . Oleh kerana itu, Allah swt telah mengangkatnya ke langit pertama. Disitu juga dia telah menyembah Allah selama 1000 tahun lalu dia diangkat lagi ke langit ke-2. Dia terus beribadat tanpa rasa jemu bertahun-tahun lamanya dan dia terus diangkat dari langit ke langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah telah dilantik menjadi ketua atau imam kepada semua Malaikat . Ibadatnya kepada Allah sangat banyak dan ada riwayat yang mengatakan bahawa Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah.
Berdasarkan satu riwayat , pada suatu ketika Malaikat Israfil telah melihat akan satu perkara yang tersurat di Loh Mahfuz iaitu :
"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadah selama 80000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari kiamat."
Maka, menangislah Israfil apabila melihat akan suratan tersebut kerana khuatir perkara itu merujuk kepada dirinya sendiri. Israfil terus menceritakannya kepada sekalian Malaikat lalu menangislah mereka kerana takut dan bimbang akan nasib diri mereka.
Mereka pun pergi bertemu dengan imam mereka iaitu Azazil dan memintanya mendoakan keselamatan untuk seluruh Malaikat. Azazil pun mendoakan mereka dengan doa ;
"Ya Allah, janganlah Engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)."
Namun malang buat Azazil kerana dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri. Lantas Azazil terus menuju ke Syurga dan di atas pintu Syurga dia terlihat suatu suratan yang menyatakan ;
"Ada satu hamba daripada kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan , tetapi hamba tersebut mengingkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat."
Selain daripada doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali sebagai Sayidul Malaikat dan Khazinul Jannah (bendahawan Syurga). Semua lapisan langit dan para penghuninya menggelarkannya Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan dengan gelaran yang berbeza di mana di lapisan langit yang pertama dia digelar sebagai Aabid yang merujuk kepada ahli ibadah yang mengabadikan diri secara luar biasa kepada Allah swt . Dilangit kedua pula dia digelar Raki iaitu ahli ruku' kepada Allah swt. Saajid atau ahli sujud pula gelarannya dilapisan langit ketiga , manakala Khaasyi gelarannya di langit keempat kerana kerana selalu merendah diri dan takut kepada Allah swt. Dilangit ke enam pula dia digelar Mujtahid kerana kesungguhan ketika beribadah kepada Allah swt .Dan dilangit ke tujuh dia diberi gelaran Zaahid kerana kesederhanaannya dalam menjalani kehidupannya.
Azazil si penghulu para Malaikat telah menyandang semua gelaran terhormat dan kemuliaan selama 120 ribu tahun sehingga tiba suatu di mana seluruh malaikat melalukan musyawarah besar atas undangan Allah swt. Pada waktu itu, Allah swt telah mengutarakan maksud untuk menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi. Sekalian Malaikat kemudian menyatakan bahawa :
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan menyucikan Engkau.(surah al-Baqarah ayat 30)
Lalu Allah menjawab segala kekhuatiran para Malaikat dengan menyakinkan bahawa sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (surah al-Baqarah ayat 30)
Lalu Allah swt menciptakan khalifah pertama iaitu Adam as dan memerintahkan agar seluruh Malaikat untuk sujud kepada Adam as. Azazil yang menjadi imam kepada Para Malaikat sepatutnya sujud kepada Adam as namun kerana dia merasakan dirinya lebih baik daripada Adam as dia enggan sujud sementara itu para Malaikat terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil. Bukan sahaja enggan untuk sujud , malah dengan angkuhnya dia menjawab kepada Allah
"Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan daripada tanah (yang diadun)? (Surah Israa ayat 61) .
Keengganannya untuk sujud kerana berpunca perasaan hasad dengki dan iri hatinya apabila Allah melantik Adam as sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan daripada api sedangkan manusia dijadikan daripada tanah yang busuk dan melekat. Akibat daripada keangkuhan dirinya itu, dia telah dihalau dari Syurga . Namanya telah diubah kepada Iblis dan Iblis berjanji untuk menyesatkan manusia serta keturunannya.
"Khabarkan kepadaku, inikah orang yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepada ku hingga hari kiamat , tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat dan keturunannya kecuali sedikit diantaranya." (surah Israa ayat 62)
Allah berfirman kepada Iblis :
"Pergilah (lakukan apa yang engkau rancangkan)! kemudian siapa yang menurutmu diantara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua,sebagai balasan yang cukup."
(surah Israa ayat 63)
Bibit kesombongan Azazil sudah tersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatangi agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu , ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,"Ya Allah! HambaMu yang manakah yang berani menentang perintahMu , sungguh aku ikut mengutuknya." Azazil lupa bahawa dirinya juga adalah hamba Allah dan tidak menyedari bahawa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga , juga boleh menimpa kepada sesiapa sahaja termasuk dirinya. Lalu demi mendengar ketetapan Allah Iblis bertambah nekad seraya meminta kepada Allah agar diberikan penangguhan. Katanya,"Ya Allah , beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah bermurah hati dan Iblis mendapat apa yang dia minta iaitu "masa hidup panjang" selama manusia masih hidup di muka bumi sebagai khalifah.
Maka kata Allah,"Yang benar adalah sumpahKu dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan.Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jananam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu diantara mereka semuanya."
Petikan :
Majalah At-Takwa
Halaman 70-71
13 comments
Write commentssubhanallah. .syukran atas ilmunya. .sgt bermanfaat. . :)
Replynice sharing mselim..setiap kali datang sini Farah memang suka baca entry mselim...
ReplyPerkongsian yg sgt baik..
ReplyYa Allah , sangat lama Azazil beribadah kepad Allah selama 18 ribu tahu n ,, apatah lagi kite insan yang kerdil nie..
Replyterima kasih atas perkongsian ini ya mselim..
Replybez bce entri nie..
Replytq ya!
nk godek2 lg
mlm tdi sy brmmpi azazil trun dri langit..adakah ia mmbawa mksud?
Replyterima kasih kerana berkongsi cerita yg menarik ini ,
ReplyTerima kasih...azazil ni dlu ketua malaikat kn... Kerana xikut perintah Allah 1 je terus dicampak ke neraka... Ya Allah ampuni la dosa2 hamba mu ni...bnyk perintah engkau aku tak lakukan...
ReplyAllah jadikan azazil sebagai tester untok menguji manusia aja...kalau tak ada azazil dunia tak dak cabaran dan berkembang.
ReplyTerbaek. Azazil menyembah Allah sejak dari dahulu hingga sekarang.
Replysubhanallah.....takutnya aku Ya Allah.
Replysubhanallah.....takutnya aku Ya Allah.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon