Ganjaran Bagi Pemberi Salam.

ganjaranpemberisalam


Di dalam syurga itu terbahagi beberapa bilik , sabda Rasullulah saw suatu ketika. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan-hiasan yang sangat menakjubkan. Di dalam bilik itu pula, terdapat suatu pemandangan yang tidak pernah disaksikan di dunia dan terdapat segala hiburan yang pernah disaksikan di dunia. 



"Untuk siapa nanti biliknya itu, wahai Rasullulah saw,"tanya para sahabat. 

Untuk orang yang biasa mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makan kepada orang yang memerlukan, dan mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam di saat manusia lelap dalam tidurnya,"Jawab Rasullulah saw. 

"Siapa yang boleh melakukan perkara itu dan bagaimana caranya?,"tanya sahabat lagi.

"Mereka yang bila bertemu kawannya lalu memberi salam dengan begitu dia bererti telah menyemarakkan salam . Mereka yang telah memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai cukup, dengan begitu mereka termasuk orang-orang yang membiasakan dirinya selalu berpuasa. Juga mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah , mereka termasuk orang yang solat malam di saat orang sedang tidur lena,"demikianlah Rasullulah menjelaskan sabdanya kepada para sahabat . 


Petikan :  
Buku "Himpunan Kisah Para Sufi" 
Halaman 158
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
May 15, 2013 at 2:01 PM delete

perkongsian yg menarik saudara..syukran :)

Reply
avatar
Bin Muhammad
AUTHOR
May 15, 2013 at 2:06 PM delete

Assalamua'alaikum mselim3,
Memberi salam itu ganjarannya besar sekali...menjawab salam itu wajib, xjawab berdosa pula...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 16, 2013 at 7:17 AM delete

Salam,

Nice info.thanks for sharing =)

Reply
avatar
Sop
AUTHOR
May 17, 2013 at 9:18 AM delete

Terima kasih atas perkongsian

Reply
avatar
Cik Itah
AUTHOR
October 12, 2016 at 10:30 AM delete

perkongsian yng bermanfaat.. semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 beriman.

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
October 12, 2016 at 12:57 PM delete

asssalammualaikum maselim..lama tak singgah sini

Reply
avatar
October 13, 2016 at 9:12 AM delete

Terima kasih atas perkongsian salam ini.
Assalammualaikum Tuan mselim.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon