Sabar adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai disukai oleh Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.
Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.
Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah) lawannya bacul (al-jubn) manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr' .
Sabar adalah senjata terpenting manusia , lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.
Banyak nas yang memerintahkan kita bersifat sabar , antaranya bermaksud :
"Hai orang-orang beriman bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung."(Ali Imran: 200) .
Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis iaitu:
1- Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa kepada manusia biasa bahkan kepada nabi. Antara yang dirumuskan Al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan atau ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.
2- Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina termasuk bersabar menahan marah.
3- Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.
4- Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya dan tidak suka kepada pengabdian malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.
5- Sabar terhadap kesusahan berdakwah pada jalan Allah. Dakwah pada jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan murni. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan daripada musuh kebenaran dan kebaikan .
Kesabaran ini memerlukan tiga perkara :
1- Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan perlulah memperbaiki niat dan ikhlas sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan azam.2- Ketika mengerjakan ketaatan hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
3- Selepas mengerjakan hendaklah bersifat bersabar daripada melakukan sesuatu yang membatalkan ketaatannya.
Harus diingat , dakwah pada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu dengan adat dan tradisi,keseronokan dan kerehatan , pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
Petikan :
Majalah At Taqwa
Cetusan Ilmiah Mukmin
5 comments
Write commentsgoog sharing...
Replynice sharing mselim... memang kita dituntut untuk mendidik sifat sabar dan sentiasa muhasabah diri untuk bersabar walau apa pun dugaannya...
ReplyNice sharing..
ReplyTapi tulah..
Kita ni manusia..
Dalam sabar2 tu kadang terlepas juga marah...
memang kena bersabar...
Replybetapa banyak tingkatan kesabaran.. berusahalah untuk mendapatkannya.. sabar merupakan sifat yang sangat mulia..
Replyterima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini mselim3..
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon