Soalan :
Jawapan :
Terdapat perbezaan pandangan dalam isu ini berdasarkan kepada dua (2) laporan (pendapat) yang berbeza .
Pendapat Pertama :
Pendapat Kedua :
(Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim pada bab solat)
Berdasarkan dua laporan (pendapat) ini para sarjanah fikah menyelaraskan kedua-duanya berdasarkan kaedah al-jam'wal-taufiq sehingga dua laporan (pendapat) yang berbeza ini boleh diamalkan serentak.
Kaedah Yang Dipopularkan Oleh Imam Nawawi Adalah Seperti Berikut :
Hujung jari kedua-dua tangan diangkat selari dengan hujung telinga bahagian atas. Ibu jari pula selari dengan bahagian bawah cuping telinga . Telapak tangan hendaklah selari dengan bahu.
Kaedah ini diterima oleh mazhab Maliki dan Syafie serta diamalkan oleh al-Rafi', al-Ghazali dan al-Baghawi. Menurut Ibnu Hajar al-Aswalani, pengarang Bulugh al-Maram dan Fath al-Bari , kaedah ini selaras dengan riwayat Wa'il bin Hujr ra .
"Dia melihat Nabi saw apabila mahu mengerjakan solat, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga selari dengan bahu, dan ibu jarinya selari dengan dua telinganya."
(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)
Rujukan :
Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Tentang Solat"
Rohidzir Rais
Bagaimana kaedah sebenar mengangkat tangan untuk takbir sebelum rukuk dan selepas rukuk? Terdapat sebahagian jemaah mengangkat tangan hingga ke telinga , ada yang hanya di paras bahu, dan ada juga yang menyentuh telinga. Cara manakah yang paling tepat?
Jawapan :
Terdapat perbezaan pandangan dalam isu ini berdasarkan kepada dua (2) laporan (pendapat) yang berbeza .
Pendapat Pertama :
Mengangkat kedua-dua tangan sehingga selari dengan bahu. Ini berdasarkan laporan Ibnu Umar :
"Saya melihat Rasullulah saw apabila memulakan solat baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga selari dengan bahunya, dan sebelum rukuk dan ketika bangun daripada rukuk . Baginda tidak mengangkat tangan diantara dua sujud".Pendapat Kedua :
Mengangkat kedua-dua tangan sehingga selari dengan telinga, berdasarkan laporan daripada Malik bin al-Huwaurith :
"Rasullulah saw ketika bertakbir , baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga selari dengan telinga. Ketika rukuk juga baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga selari dengan telinga. Ketika baginda bangun dari rukuk sambil menyebut samiallahu liman hamidah, baginda melakukan perkara yang sama."(Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahih Muslim pada bab solat)
Berdasarkan dua laporan (pendapat) ini para sarjanah fikah menyelaraskan kedua-duanya berdasarkan kaedah al-jam'wal-taufiq sehingga dua laporan (pendapat) yang berbeza ini boleh diamalkan serentak.
Kaedah Yang Dipopularkan Oleh Imam Nawawi Adalah Seperti Berikut :
Hujung jari kedua-dua tangan diangkat selari dengan hujung telinga bahagian atas. Ibu jari pula selari dengan bahagian bawah cuping telinga . Telapak tangan hendaklah selari dengan bahu.
Kaedah ini diterima oleh mazhab Maliki dan Syafie serta diamalkan oleh al-Rafi', al-Ghazali dan al-Baghawi. Menurut Ibnu Hajar al-Aswalani, pengarang Bulugh al-Maram dan Fath al-Bari , kaedah ini selaras dengan riwayat Wa'il bin Hujr ra .
"Dia melihat Nabi saw apabila mahu mengerjakan solat, baginda mengangkat kedua-dua tangannya sehingga selari dengan bahu, dan ibu jarinya selari dengan dua telinganya."
(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)
Rujukan :
Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Tentang Solat"
Rohidzir Rais
6 comments
Write commentsTerima kasih untuk info ni.. memang sangat berguna :-)
ReplySemoga semua mendapat manfaat dr entry ni...Mari solat dgn cara yg betul. :)
Replyterima kasih dgn perkongsian ni....
Replytq selim...klik2
Replytq share yer
ReplyTerima kasih.....
ReplySangat membantu...
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon