Sayyidina Anas bin Malik r.a menyatakan :"Bahawa Rasullulah saw mengkagumi dan menyukai buah labu. Maka dihidangkan makanan atau diundang dalam jamuan makan, maka aku mencari-cari buah labu dan meletakkannya di hadapan Baginda saw kerana aku tahu Baginda Rasullulah saw menyukainya."
Diantara Khasiat Labu : Terdapat pelbagai khasiat di dalam sebiji labu. Antaranya adalah beta karotena yang bertindak bertindak sebagai agen antioksidan yang dikatakan telah menunjukkan khasiatnya bagi memperbaiki fungsi imun dan mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Buah labu dikatakan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang tinggi, termasuklah beta karotena,kalsium,fosforus,zat besi, magnesium,kalium,natrium,zink,selenium,niasin,folat,karbohidrat dan vitamin A,B1, C dan E. Dikatakan satu cawan labu mengandungi kira-kira 50 kalori dan 3 gram serat. Nutrisi yang terkandung menjadikan labu kuning berkhasiat meningkatkan lagi kekebalan tubuh. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu berfungsi mengawal nafsu makan.
Beta Karotena bertindak sebagai barisan pertahanan pertama di dalam badan bagi meneutralkan serangan radikal bebas terhadap sel dan sebagai antioksidan yang penting dalam memperlahankan penuaan serta memperbaiki sel-sel badan yang telah rosak secara perlahan-lahan. Selain kandungan beta karotena mampu berfungsi untuk mencegah penyakit jantung dan strok. Labu juga berupaya mengubati penyakit ringan seperti demam,migrain,cirit-birit,penyakit ginjal,gout serta membantu menyembuhkan radang.
Banyak kegunaan labu sama ada untuk tujuan makanan maupun ubatan. Pokoklabu itu sendiri juga banyak kegunaannya. Daun pokok labu dikatakan mampu berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanfaat untuk dijadikan kauci. Air jus buah labu pula dikatakan berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya pula boleh dijadikan ubat ubat membunuh cacing pita dalam perut.
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.
Orang India Amerika dikatakan telah menggunakan kulit labu kering untuk dijadikan tikar manakala biji labu dijadikan makanan dan ubat. Manakala pada suatu ketika dikatakan bahawa dengan memakan labu, mampu membuang jeragat dan menyembuhkan gigitan ular.
6 comments
Write commentsTeringat lama dah tak makan pengat labu...sedap tuu. Isteri saya pula suka dengan sayur pucuk labu.
ReplySetahu saya, Rasulullah juga menyukai tembikai dan timun.
betul tu...bin muhammad makanan rasullulah saw nie ada banyak kalau x silap ader 12 makanan kegemaran rasullulah saw... contoh makanan rasullulah saw yang lain ialah madu,zafaran,susu dan lain2 lagi, cuma kat sini mselim3 nak highlight makanan rasullulah saw pasal "Labu".
Replymselim3
perkongsian yg baik saudara..sy pn seorang penggemar sayur labu...sama2 kita mmengikuti sunah dan kegemaran nabi junjungan kita... :)
Replybanyak khasiatnya..kan..
Replytp budak2 sekarang tak suka makan benda2 ni semua.. kalau bagi keropok atau makanan segera tu.. cepat je makan.. buah kurma tu pun payah nak makan.. sayur2an ni lagi la..
Baru M tau pasal Rasulullah saw suka mkn labu ni...M suka mkn serawa labu...
Replysayangnya sy x makan labu...huhuu
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon