Majlis Fatwa Kebangsaan Menetapkan Bahawa Wira Negara sebagai syahid akhirat?

hukumwiranegara

Persoalan : 

Khutubah Jumaat minggu lalu menyebutkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa wira yang negara yang terkorban di Sabah sebagai syahid akhirat . Boleh ustad jelaskan apa yang dimaksudkan syahid akhirat? 


Jawapan : 

Mati syahid adalah kurniaan yang paling berharga terhadap sesiapa saja yang dipilih oleh Allah swt. Ganjaran untuk orang yang mati syahid sangat besar sehingga dicemburui oleh manusia lain di padang Mahsyar. Ulama mengkategorikan orang yang mati syahid kepada tiga bahagian berdasarkan rumusan hadis-hadis Rasullulah berkenaan orang yang mati syahid . Nabi saw sendiri tidak menamakan setiap kategori dengan istilah khusus seperti mana dinyatakan ulama. 


Syahid Dunia Akhirat 
Pertama, syahid dunia akhirat adalah darjat tertinggi dimana orang yang mati syahid ini tidak dimandikan , tidak dikafankan dan tidak di sembahyangkan. Mereka akan dikebumikan bersama pakaian dan darah yang masih ada pada tubuh badan mereka. Di hari akhirat mereka akan dibangkitkan dengan darah yang masih merah tetapi darah itu berbau sangat harum sehingga manusia lain di padang Mahsyar sangat senang dengan mereka. Golongan ini adalah golongan yang terkorban kerana mempertahankan agama di medan jihad menentang orang kafir. 

Ulama meletakkan beberapa syarat untuk kategori syahid dunia akhirat antaranya perang itu adalah perang yang diistiharkan oleh pemerintah Islam menentang golongan kafir di medan jihad. Perang saudara sesama umat islam tidak dikategorikan dalam bahagian ini . Begitu juga antara orang islam dengan bukan islam tetapi bukan sebab agama seperti rusuhan kaum berebut kawasan, pertikaian berhubung dasar, polisi tertentu dan sebagainya. 

Syahid Akhirat
Kedua, syahid akhirat yang diberi limpahan kurnia yang besar daripada Allah swt di alam barzakh serta hari akhirat. Cuma mereka diuruskan seperti jenazah orang mati biasa, dimandikan,dikafankan dan disembahyangkan. Imam al-Sayuti menyenaraikan 30 golongan yang mati syahiddalam kategori ini bahkan ada sebahagian ulama lain sehingga 50 golongan. 

Kategori ini berdasarkan Hadis nabi saw ketika baginda bertanya kepada sahabat;"Siapa yang kamu kira sebagai syahid? Mereka menjawab : Orang yang terbunuh di medan jihad fi sabillilah .  

Baginda menjawab : Jika begitu sungguh sedikit syuhada daripada kalangan umatku, sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah adalah syahid, sesiapa yang terkorban (seperti kemalangan, terkena tembakan rakan sendiri dan sebagainya) di jalan Allah adalah syahid, sesiapa yang mati kerana taun,kerana sakit dalam perut, kerana lemas adalah syahid. " 
(Riwayat Muslim) 

Dalam riwayat lain, golongan mati terbakar, ditimpa runtuhan, mati bersalin, mati mempertahankan harta,maruah diri dan keluarga juga dikira sebagai mati syahid akhirat. Dalam hal ini, sudah tentu anggota keselamatan kita yang terkorban kerana mempertahankan keutuhan dan kedaulatan negara mati syahid namun dikategorikan sebagai syahid akhirat. 

Oleh kerana itu kita lihat jenazah mereka dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan seperti biasa tetapi hakikatnya mereka adalah syuhada di sisi Allah jika niat dan perlakuan mereka ikhlas serta tulus kerana Allah swt. 

Syahid Dunia 
Ketiganya, syahid dunia iaitu mereka yang tebunuh di medan jihad fi sabilillah tetapi niat bukan untuk mempertahankan agama sebaliknya semata-mata menunjukkan kemegahan diri, kaum atau bangsa. Boleh jadi mereka yang membuat onar di medan jihad seperti di zaman rasullulah di mana ada pejuang dalam diam yang menyembunyikan harta rampasan perang untuk kepentingan diri sendiri. 

Jenazah diurus seperti syuhada
Golongan ini pada pandangan mata kasar adalah syahid, diuruskan seperti syuhada yang lain, tidak dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan tetapi hakikatnya di sisi Allah mereka adalah pengkianat. Golongan seperti di bawa ke hadapan pengadilan Allah lalu Allah swt berfirman: "Engkau berkata dusta, engkau berperang supaya dikatakan seorang yang berani, dan memang engkau telah mendapat pujian itu, lalu ia diseret dan dihumban ke dalam neraka." (Riwayat Muslim) 

Semoga kita dikurniakan hati yang suci dalam melaksanakan apa saja amalan dengan ikhlas serta jujur supaya diterima oleh Allah swt.

Petikan : 

BH, Azhar Abdul Wahab
Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
nurinafarhana
AUTHOR
March 14, 2013 at 1:50 PM delete

Perkongsian yang bermakna. Boleh di jadikan tajuk tazkirah :)

Reply
avatar
March 14, 2013 at 2:45 PM delete

Allahuakhbar. terima kasih diatas perkongsian. ilmu baru buat cx.

Reply
avatar
Daus Redscarz
AUTHOR
March 14, 2013 at 2:45 PM delete

Berlinangan air mata membacanya... Al Fatihah buat mereka yang telah gugur. Moga-moga ditempatkan dikalangan2 org2 yang beriman. Amin

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2013 at 2:46 PM delete

Semoga roh mereka yang gugur dalam mempertahankan tanah air dari diceroboh itu dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang soleh dan shahid.

Hanya Allah yang tau semua ini.

Reply
avatar
Ratu Hatiku
AUTHOR
March 14, 2013 at 3:44 PM delete

Besar pengorbanan mereka... Semoga roh mereka ditemoatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
March 14, 2013 at 3:49 PM delete

tak berani nak bercakap tentang isu2 sebegini. Doakan sajalh ye

Reply
avatar
NMA
AUTHOR
March 17, 2013 at 12:15 PM delete

majlis fatwa kebangsaan boleh menetapkan demikian menurut pengajian mereka... yg sebenarnya segala yg berkenaan terpulang pada Allah... hak milik mutlak Allah... apa yg penting kita doakan semoga mereka yg gugur itu dicucuri rahmat dn tergolong dlm mereka yg beriman dan soleh...

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
March 18, 2013 at 4:30 PM delete

Banyak jenis syahid ni yek..Tq for sharing..

Reply
avatar
March 18, 2013 at 4:38 PM delete

syukran kongsi ilmu ni sahabat..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon