Kelebihan Muazin (Tukang Azan) dan Kelebihan Azan..

kelebihanmuzin

Kelebihan muazin nanti adalah muazin akan menjadi pemimpin pada hari kiamat sebagaimana yang ceritakan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan. Beliau pernah mendengar Rasullulah saw bersabda yang bermaksud: "Muazin ialah orang yang paling panjang leharnya pada hari kiamat" 


Menurut Ibn Majah "panjang leher" adalah personifikasi atau kinayah yang digunakan orang arab bagi merujuk kepada ketua atau pemimpin. Muazin akan diberikan keampunan sejauh mana suara azannya sampai dan  diberikan pahala orang ynag bersolat kerana mendengar seruan azannya itu. Ini berdasarkan kepada hadis al-Bara' bin 'Azib yang menyatakan Rasullulah pernah bersabda yang bermaksud: 
"Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan sesiapa yang mendengar(suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Di samping itu, disediakan baginya pahala orang yang bersolat bersama dengannya. 

Menurut al-Nasai dalam syarah matan hadis ini bahawa yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya ini tidak hanya tertakluk kepada mereka yang bersolat bersama dengannya di satu tempat dan dalam satu jemaah, tetapi juga sesiapa yang bersolat selepas mendengar seruan azannya. 

Muazin diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga . Mengikut hadis 'Uqbah bin Amir yang mendengar Rasullulah berkata : 
"Allah reda dengan penggembala kambing di puncak bukit yang melaungkan azan untuk bersolat dan kemudian menunaikan solat. Allah berkata:"Lihatlah kepada hamba-Ku ini yang melaungkan azan dan menunaikan solat dalam keadaan takut kepada-Ku. Aku mengampuni dosa hamba-Ku ini dan memasukkannya ke dalam syurga."
~Direkodkan oleh Abu Daud dan an-Nasai~

Dalam syarah 'Aunul-Ma'bud , Abu Daud menjelaskan Allah berkata dalam hadis di atas kepada para malaikat dan roh orang soleh. Beliau juga menerangkan yang dimaksudkan dengan muazin yang takutkan Allah ialah seorang yang melaungkan azan dan diikuti dengan mendirikan solat semata-mata kerana Allah , dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada kepada orang ramai. Hadis ini juga menjadi dalil tentang harusnya  melaungkan azan dan iqamah ketika solat seorang diri . 

Sesiapa yang mendengar azan yang dilaungkan oleh muazin , dia akan menjadi saksi tentang amal solehnya itu di akhirat kelak. Abu Said al-Khudri pernah berkata kepada Abdullah bin Abdurrahman  bin Abu Sya'sya'ah al-Ansari, katanya: 
"Saya melihat engkau sangat menyukai kambing dan kampung halamanmu. Sekiranya engkau bersama kambing-kambingmu atau berada di kampung halamanmu lalu engkau melaungkan azan untuk solat, maka kuatkanlah suaramu. Kerana sesiapa sahaja yang mendengar suaramu (azan) sama ada manusia atau jin atau apa sahaj, mereka akan menjadi saksimu di akhirat kelak."
Menurut Abu Said al-Khudri,"Saya mendengarnya daripada Rasullulah saw."
~Direkodkan oleh al-Bukhari dalam bab Azan~




Kelebihan Azan


Diantara kelebihan azan ialah azan boleh digunakan untuk mengusir syaitan berdasarkan hadis Abu Hurairah, yang menceritakan Rasullulah saw pernah berkata : 
"Apabila ia diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut . Apabila sudah selesai di datang semula menganggu (membisikkan) bisikan dan pelbagai lintasan di dalam hati dan pemikiran seseorang sehingga dia tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) . 
~Direkodkan oleh al-Nasai~
(Direkodkan oleh al-Nasai dan Ahmad) 

Azan mempunyai kelebihan yang sangat besar. Malangnya kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Abu Hurairah menyatakan Rasullulah saw bersabda: 
"Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan melalui undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi........"
~Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim~

Sumber : 

Petikan "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Halaman 97-103
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
March 25, 2013 at 6:38 PM delete

nice entry.. nk shre boleh?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
March 25, 2013 at 7:00 PM delete

alhamdulillah..nice sharing

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon