Bolehkah kita Makan Belalang?

hukummakanbelalang


Syariat islam telah mengecualikan dari kategori bangkai yang diharamkan iaitu bangkai ikan dan jerung dan sebagainya dari binatang-binatang laut. Ketika Rasullulah saw ditanya dari hal air laut, maka beliau bersabda:

"Laut itu ialah airnya suci dan bangkainya halal"
(Riwayat Ahmad)

Allah swt telah berfirman juga : 


Maksudnya: "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertakwalah kepada Allah , yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan. 
(surah al-maidah ayat 96)

Berkata Umar Al-Khattab ra, binatang buruannya, yakni apa saja yang dapat ditangkap di laut itu, dan makanannya pula iaitu apa yang dilemparkan laut ke pantainya dari binatangnya. 

Berkata Ibnu Abbas ra ,makanannya , itu bangkai-bangkai yang dikeluarkan daripada perutnya. 

Tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, sebuah sabda yang diriwayatkan daripada Jabir ra bahawa Nabi saw pernah mengirim suatu pasukan peronda dari para sahabatnya (ke salah satu tempat) , lalu mereka menemui seekor jerung besar yang telah mati terdampar ke pantai . Maka para sabahat telah memakan ikan jerung itu selama 20 hari lebih. Kemudian apabila mereka pulang ke Madinah , mereka terus memberitahu Rasullulah saw . 
Lalu beliau bersabda : 

"Makanlah rezeki yang telah Allah berikan kepada kamu! Berilah aku sedikit daripadanya jika masih ada sisanya dengan kamu! Maka mereka pun membawa sedikit daripadanya untuk Nabi , lalu dimakan oleh beliau." (Riwayat Bukhari)

Seumpama ikan itu ialah bangkai belalang , dan Rasullulah saw juga telah membolehkan memakan bangkai belalang itu bila ia mati, kerana ia (belalang) tidak mungkin untuk disembelih. 

Berkata Ibnu Abi Aufa ra : 

"Kami pernah keluar ghazwah(berperang kecil) bersama Rasullulah saw sebanyak 7 kali, dan umumnya kami memakan daging belalang dengan beliau."
(Riwayat Jama'ah kecuali Majah)

Petikan : 
Buku "Halal dan Haran Dalam Islam" 
Halaman 77-78
Dr.Yusuf Al-Qardhawi 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Cik Nor
AUTHOR
February 21, 2013 at 11:55 AM delete

rasanya pernah mkn dulu..:)

Reply
avatar
Kak iman
AUTHOR
February 21, 2013 at 1:22 PM delete

kesimpulannya halal ke x?

Reply
avatar
noor azlan
AUTHOR
February 21, 2013 at 2:41 PM delete

kalau masak merah mungkin sedap kot.. Hehe

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
February 21, 2013 at 3:19 PM delete

tq kongsi info ni ye

Reply
avatar
seribupilihan
AUTHOR
February 23, 2013 at 10:29 AM delete

seribupilihan tak pernah makan belalang..memang belalang halal dimakan..masa sekolah dulu ada belajar pasal nie..thanks for sharing..:-)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 23, 2013 at 11:18 AM delete

Masa kecik2 dulu selalu makan belalang dengan abang.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 25, 2013 at 11:46 PM delete

hehe tak pernah try lg makan belalang....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon