Soalan :
Saya mempunyai masalah pertuturan hingga saya membaca al-Fatihah dengan sangat lambat. Sering berlaku ketika imam sudah sudah rukuk , sujud dan bangun kembali, saya masih belum habis membaca al-Fatihah . Perlukah saya mengejar imam dengan melakukan rukun-rukun yang tertinggal ?
Jawapan
Makmum tidak boleh tertinggal tiga rukun fi'li daripada imam. Sekiranya berlaku dan makmum pula tidak berniat berpisah daripada imam , solatnya tidak sah. Tetapi dalam situasi anda, ia dianggap keuzuran yang dimaafkan. Tetapi anda tidak boleh mengejar imam dengan melakukan rukun-rukun yang tertinggal .
Sekiranya imam telah rukuk,iktidal,dua antara sujud dan akhirnya bangun semula untuk rakaat yang berikutnya , makmum hendaklah mengikut imam berdiri untuk rakaat berikutnya dan menambah rakaat yang tertinggal selepas memberi salam. Sekiranya makmum melakukan rukun-rukun yang tertinggal tanpa niat berpisah daripada imam (mufaraqah) batal solatnya.
Petikan :
Buku "Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat"
Halaman 351
Rohidzir Rais
9 comments
Write commentsini yg sy debatkan dgn rakan sy minggu lepas, katanya sebaik shj imam bngkit dr ruku' dan kita masih lg membaca al-fatihah, solat dikira batal. sy kata itu kalau makmum masbuq.. betul kan?
Replytq share ye !
Replytq ,, baru tau,, sy sllu trkejr masa jdik makmum,,tulah selalu solat sorg2,,
Replyemm betul2.. kdg ade tu jauh sgt tertinggal dgn imam, bukan ke imam akan tnggung bacaan fatihah andai kt xsempat habiskan ? mohon pencerahan :)
Replydulu mse sekolah mcm ni la..tertggl imam sebb ramai sgt peljr nk amik wuduk..
Replyeh bukan ke tak payah baca habis kalau imam dah rukuk tu...?
Reply(maaf bro aku kurg arif bab2 ni...)
Sebenarnya bila kita berjemaah makmum ini ada 2 kategori (jenis) :
Reply1-Masbuk ialah makmum yg ketinggalan. Iaitu makmum yg tidak cukup masa untuk membaca al-fatihah bersama imam.
Ini disebabkan semasa ia masuk bejemaah imam sedang rukuk atau hampir2 rukuk.Orang yg berkeadaan begini sekiranya ia didapati imam sedang rukuk ,maka hendaklah ia terus bertakbir serta niat sekali dan setelah berdiri sebentar (lamanya sekadar membaca subhanallah) teruskan rukuk bersama imam.
Sekirannya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira 1 rakaat walaupun tidak membaca al-fatihah kerana orang yang masbuk al-fatihahnya ditanggung oleh imam.Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yg singkat ,maka hendaklah ia membaca al-fatihah sekadar mana yg dapat dan teruskan mengikut imam dalam rukuk dengan syarat dapat berhenti bersama dalam rukuk itu.
2-Muafik ialah makmum yg mempunyai masa yg cukup bersama imam utk membaca al-fatihah dengan bacaan sederhana.
Jika sekiranya ia (muafik) masih belum selesai membaca al-fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan al-fatihah itu.Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri atau duduk tahiyat akhir , maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan niat mufarakah (berpisah) atau terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Jika tidak berbuat salah satu antara kedua hal ini ,maka batal solatnya.
mselim3
pls: Moga2 penjelasan ini dapat menambah ilmu yg kita ada k....pape pun "solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat sendirian".
Owh macam tu rupanya...
Replymakasih bro atas pencerahan...lepas dah tau dan tak was2 dah....
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon