Hukum Wanita Yang Menipiskan Alis Mata?

hukummenipiskanalismata


Di antara yang dianggap berlebih-lebihan dalam menghias diri yang diharamkan islam ialah mencukur alis mata, atau bulu mata untuk meninggikannya atau merata-ratakannya . Dan tersebut di dalam hadis Nabi saw: "Rasullulah saw telah melaknati wanita yang mencukur alis matanya, dan yang meminta dicukurkan alis mata" 

(Riwayat Abu Daud) 

Perkataan Namisah , yakni melakukannya sendiri , dan perkataan Mutanammishah, yakni wanita yang meminta orang lain supaya mencukurkannya. 

Lebih menjadi haram lagi jika hal pencukuran ini dibuatnya untuk menyundal, atau sebagai lambang wanita yang sundal. 

Berkata sesetengah ulama, Imam Hanbali berkata:"Jika wanita memperhiaskan wajahnya dengan andaman atau memerahkan pipinya, atau mewarnakan bahagian anggota badannya atau melentikkan bulu matanya semua itu dibolehkan dengan keizinan suami . Ini kerana semua itu termasuk dalam memperindahkan diri. 

Tetapi Imam Nawawi memberatkan hukumnya haram pada andaman kerana dianggapnya sama dengan maksud mencukur alis mata yang diharamkan itu. 

Pendapat Imam Nawawi ini ditolak dengan apa yang disebutkan oleh Abu Daud di dalam sunannya, iaitu bahawa Namishah itu ialah wanita yang mencukur alis matanya hingga menjadi nipis tidak termasuk mencukur rambut dahi. 

At-Thabari  telah mengeluarkan suatu berita daripada isteri Abu Ishak yang pada suatu hari datang ke rumah Aisyah ra dan ketika itu isteri Abu Ishak masih muda dan gemar menyolek diri supaya kelihatan cantik , lalu dia bertanya kepada Siti Aisyah ra:"Bolehkah wanita mengandam dahinya untuk suaminya? Jawab Siti Aisyah ra : "Jauhkan dirimu dari perbuatan semacam itu sedaya upayamu. {1}

Nota :
1-Baca Fathul Bari Syarah Hadis Bukhari dari hal Hadis Ibnu Mas'ud tentang perkara ini pada bab "pakaian"

Petikan : 

Buku "Halal dan Haram Dalam Islam" 
Halaman 144
Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Untuk Bacaan Tambahan <<klik sini>> 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
January 18, 2013 at 4:29 PM delete

kening saya ok..x pernah rasa nk cukur..hehe

Reply
avatar
hajar
AUTHOR
January 18, 2013 at 4:36 PM delete

good info - moga jadi panduan utk semua...

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
January 18, 2013 at 5:36 PM delete

dah tahu ni..tp masih ada juga yg buat

Reply
avatar
!eNa PnG
AUTHOR
January 18, 2013 at 6:28 PM delete

ramai ja yg selamber nipiskan alis mata..

Reply
avatar
January 18, 2013 at 9:11 PM delete

Perkongsian yg bagus yang perlu dititik beratkan untuk semua wanita di luar sana. :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 9, 2013 at 9:46 PM delete

Bhsan ini ckup bri pdman dn pngajaran kpda wanita2 di luar sna yg x thu lg hakm hukum syara.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon