Di antara hal-hal-hal yang berhubungan rapat dengan menghias diri, mewarnakan rambut di kepala dan janggut yang sudah beruban. Sehubungan itu, ada suatu riwayat yang mengatakan bahawa ahlil kitab dari kaum Yahudi dan Nasrani yang enggan mewarnakan rambut yang beruban dan mengubahnya .
Dengan beranggapan bahawa mencantikkan diri dan menghiasnya bertentangan dengan dengan kemahuan beribadat dan beragama , sebagaimana sikapnya para rahib dan orang-orang zuhud dengan berlebih-lebihan . Akan tetapi Rasullulah saw melarang kaum muslimin meniru sikap kaum kaum itu dan mengikut jalan mereka , agar kaum muslimin sentiasa berbeza dengan mereka serta mempunyai sikap yang tersendiri dalam pandangan rupanya.
Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasullulah saw telah bersabda :
"Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan, maka hendaklah kamu berbeza dengan mereka"
Perkara ini adalah diharuskan saja, sebagaimana dilakukan oleh para sahabat . Sebab sesetengah para sahabat telah mewarnakan rambut, seperti Abu Bakar dan Umar,dan setengah yang lain telah meninggalkannya seperti Ali,Ubai bin Ka'ab dan Anas{1}
Akan tetapi , dengan warna apa dia boleh mewarnakan? Dengan warna hitamkan atau dengan warna-warna yang lain? Atau semestinya dia menjauhi warna hitam? Adapun orang yang sudah tua, di mana uban-ubannya telah merata pada kepalanya dan janggutnya, maka tidak layaklah dia mewarnakan rambut-rambut putihnya dengan warna hitam. Sesudah sampai mencapai usia yang sangat tua.
Sebab itu, apabila Saidina Abu Bakar ra membawa ayahnya Abu Quhafah kepada Nabi saw pada hari penaklukan Mekah dan menjumpakannya kepada beliau, sedang rambut kepalanya penuh denga uban kerana telah terlalu tua, maka beliau berkata:
"Ubahlah ini (yakni uban-uban ini) dan jangan dengan warna hitam!"
Adapun orang yang belum sampai ke umur terlalu tua , seperti Abu Quhafah itu, maka tiadalah apa-apa salahnya jika dia mewarnakan rambut dengan warna hitam. Dalam perkara ini, telah berkata Az-Zuhri : Kami pernah dahulu mewarnakan rambut kami dengan warna hitam ketika wajah kami masih muda, tetapi apabila wajah kami mula berkedut dan gigi-gigi kami pun mula bergoyang, kami tidak lagi mewarnakan rambut dengan warna hitam lagi. {1}
Pada hakikatnya sesetengah para salaf telah membenarkan mewarnakan rambut dengan warna hitam, diantaranya para sahabat , seperti Sa'ad bin Abu Waqqas, Uqbah bin Amir,Al-Hasan dan Al-Husain,Jarir dan lain-lain lagi.
Diantara para ulama , ada yang tidak membenarkan mewarnakan rambut kecuali ketika berjihad atau berperang fi sabillillah untuk mengerunkan musuh dan menakut-nakutkan mereka , apabila mereka melihat askar-askar islam semuanya muda-muda belaka{2}
Tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar ra :
"Sebaik-baik bahan yang dipakai untuk mewarnakan uban rambut ialah pohon inai dan katam"
katam ialah semacam tumbuhan yang mengeluarkan warna yang berwarna hitam yang dekat kepada kemerah-merahan yang terdapat di negeri Yaman. Manakala warna inai pula ialah selalunya merah.
Adapun suatu berita daripada Anas yang mengatakan bahawa Abu Bakar ra selalu mewarnakan rambut dengan inai dan katam . Manakala Umar ra pula selalu mewarnakan rambut dengan inai semata-mata.
nota kaki
{1} Tersebut dalam kitab 'Semiran' , baca Fathul Bari
{2} Baca Fathul Bari
Petikan :
Buku "Halal dan Haram Dalam Islam
Halaman 147-149
Dr.Yusuf Al-Qardhawi
4 comments
Write commentskat mana nk cari katam tu? ada jual ke?
ReplyLebih selamat guna inai. Tapi sekarang dalam apsaran, ada pula inai yang berwarna hitam.
ReplyAlhamdulillah.. perkongsian yg bagus ni, kena amik perhatian, takut ada yg terlepas pandang :)
Replylagi bgus xyh pkai..semulajadi bgus..walupun nmpk buruk
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon