Banyakkan Zikir, Selawat Dalam Haid.

selawatdalamhaid

Soalan : 


Ketika dipertengahan usia ini, saya banyak mendekatkan diri kepada Allah dan cuba mengamalkan ibadat , namun saya merasa rimas apabila datang haid kerana banyak amal terpaksa saya tinggalkan dan dan merasakan diri kotor . Bolehkah dalam keadaan haid ini saya bermuduk supaya sekurang-kurangnya saya merasa suci sikit ? 



Jawapan 

Haid dikira sebagai kekotoran yang bersifat maknawi. Seseorang yang bersih dan berpenampilan menarik tetapi dalam keadaan hadas dianggap tidak suci berbanding seseorang yang berada dalam keadaan wuduk walaupun mungkin dalam keadaan comot. Kekotoran ini dapat disucikan atau dihilangkan dengan berwuduk jika hadas tersebut adalah kecil dan dengan mandi wajib jika hadas besar. 

Wuduk bagi ringankan hadas 

Hadas besar terbahagi kepada dua bahagian. Hadas besar disebabkan bersetubuh , keluar mani atau juga disebabkan haid atau nifas . Hadas besar disebabkan bersetubuh dan keluar mani diistilahkan sebagai hadas junub. Hadas ini berbeza daripada hadas disebabkan haid dan nifas. Seseorang yang berjunub boleh mengambil wuduk sebelum mandi wajib . Wuduk yang dilakukan akan meringankan hadas tersebut. Saidatina Aisyah ra menceritakan bahawa rasullulah saw akan mengambil wuduk apabila baginda hendak makan atau tidur sedangkan ketika itu baginda dalam keadaan junub dan belum mandi wajib. Cerita saidatina Aisyah ini adalah diriwayatkan dalam sahih muslim. Hukum bagi seorang wanitta yang berjunub adalah sama dengan hukum lelaki yang berjunub. Oleh itu sesiapa sahaja yang masih dalam keadaan berjunub boleh mengambil wuduk apabila ingin melakukan sesuatu seperti makan,minum,membaca,memasak dan sebagainya . Hukum berwuduk dalam keadaan berjunub adalah sunat kerana ia akan meringankan hadas besar tersebut. Hadas besar tersebut akan "terangkat" atau hilang dengan mandi wajib. 

Hadas besar, haid berbeza

Jika dilihat kepada hadas besar kerana haid , situasinya adalah berbeza kerana wanita tersebut kekal dalam keadaan hadas besar dengan darah yang berterusan keluar. Oleh itu, wuduk dikira tidak mempunyai apa-apa kesan dalam keadaan begini, jika wanita ini mandi wajib sekalipun hadas besarnya tidak hilang. Berbeza dengan hadas junub, jika seseorang mandi wajib, hadas besarnya akan hilang dan jika berwuduk hadas tersebut akan menjadi lebih ringan. Bagaimana pula dengan seorang wanita yang darah haidnya sudah berhenti. Adakah dia boleh berwuduk ? Imam Syafie memfatwakan bahawa wanita yang sudah berhenti hadinya tetapi belum mandi wajib boleh berwuduk sama seperti orang yang berhadas junub dan ketika itu hukum berwuduk adalah sunat. Fatwa ini disebutkan oleh imam ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari. 

Merujuk kepada persoalan puan, selama darah haid masih terus keluar, puan tidak boleh berwuduk dan tidak akan memberi apa-apa makna. Namun puan masih boleh menambah amal ibadah dengan membanyakkan zikir, selawat dan sebagainya. Puan tidak perlu merasa rimas atau kotor kerana yang menciptakan keadaan tersebut adalah Allah swt. Sudah begitu fitrah kejadian wanita yang diciptakan Allah dan Dia lebih mengetahui hikmah disebalik ciptaan-Nya. 

Petikan : 

Berita Harian 
Azhar Abdul Wahab 
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral 
Institut Pendidikan Guru, 
Kampus Darulaman, 
06000 Jitra, Kedah. 
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon