Soalan :
Jawapan
Seluruh bumi ini adalah tempat bersolat. Ini jelas sebagaimana yang dilaporkan Jabir bin Abdullah bahawa Rasullulah saw pernah menceritakan tentang lima kelebihan yang diberikan kepada beliau tetapi tidak diberikan kepada nabi-nabi lain. Satu daripadanya adalah Allah menjadikan seluruh bumi ini sebagai tempat bersujud ,iaitu bersolat dan ia juga boleh digunakan bagi bersuci bertayamum) .
(Direkodkan@diriwayatkan oleh al-Nasai)
Berdasarkan laporan ini jelas solat yang saudara dan keluarga lakukan adalah sah. Dakwaan rakan saudara kemungkinan terdapat najis pada tanah atau rumput tempat solat adalah tidak berasas. Selagi tidak kelihatan najis pada tempat solat itu, tempat itu dikira bersih. Tetapi sekiranya saudara pasti anggota dan pakaian terkena najis ketika solat, sudah tentu tidak sah solat.
Petikan :
Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
Dalam perkhemahan keluarga baru-baru ini, saya dan keluarga bersolat di atas rumput tanpa beralaskan sejadah atau alas lain. Apabila perkara ini saya ceritakan kepada seorang rakan, dia mendakwa solat saya tidak sah kerana ada kemungkinan kawasan rumput itu bernajis. Benarkah solat kami tidak sah?
Jawapan
Seluruh bumi ini adalah tempat bersolat. Ini jelas sebagaimana yang dilaporkan Jabir bin Abdullah bahawa Rasullulah saw pernah menceritakan tentang lima kelebihan yang diberikan kepada beliau tetapi tidak diberikan kepada nabi-nabi lain. Satu daripadanya adalah Allah menjadikan seluruh bumi ini sebagai tempat bersujud ,iaitu bersolat dan ia juga boleh digunakan bagi bersuci bertayamum) .
(Direkodkan@diriwayatkan oleh al-Nasai)
Berdasarkan laporan ini jelas solat yang saudara dan keluarga lakukan adalah sah. Dakwaan rakan saudara kemungkinan terdapat najis pada tanah atau rumput tempat solat adalah tidak berasas. Selagi tidak kelihatan najis pada tempat solat itu, tempat itu dikira bersih. Tetapi sekiranya saudara pasti anggota dan pakaian terkena najis ketika solat, sudah tentu tidak sah solat.
Petikan :
Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Rohidzir Rais
5 comments
Write commentsmenambah ilmu di sini..wah rupa blog makin cantik
Replybetol tu sluruh tempat kat dunia ni Allah cipta adalah tempat untuk kita sujud kpdNya :D
Replypenah skali solat kt atas rumput lepas main bola :D
Betoi tu..selagi tak nampak najis tu kat tempat solat dan pakaian kita, In Shaa Allah xda masalah.. Sah la kan..
ReplyXD
ReplyYe btl..kita sepatutnya rasa bertuah..blog pun semakin cntk..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon