Hukum Memakai Purdah Ketika Bersolat?

Soalan : 


Saya memakai purdah apabila keluar rumah . Adakah boleh saya memakai purdah ketika bersolat di masjid?



Jawapan : 

Menutup sebahagian wajah wanita ketika bersolat adalah perbuatan makruh. Disunatkan kepada wanita supaya membuka niqabnya ketika solat. Dalam isu ini, Imam Nawawi dalam karyanya Raudhatul-Tholibin menjelaskan : 


Makruh (dilarang) seorang lelaki bersolat dengan menutup muka dan seorang wanita berniqab. Begitu juga dilarang menutup mulut dengan tangan ketika bersolat, kecuali ketika menguap. Meletakkan tangan pada mulut ketika menguap adalah sunat . 

Petikan :

Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat"
Halaman 47
Rohidzir Rais


Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon