FADHILAT SELAWAT MUNJIYYAH

selawatmunjiyyah

Jika sangat berhajat, eloklah dibaca selawat ini sebelum memulakan doa-doa yang lain. Kita digalakkan untuk selalu berselawat dan berdoa.Berdoa tidak semestinya selepas sembahyang sahaja. Terdapat banyak selawat yang boleh diamalkan dan Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.



Munjiyah bererti penyelamat. Jika diamalkan Selawat ini dengan dijadikan zikirmaka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak diinginkan. Insya Allah ia akan mendatangkan segala hajat yang diingini.
Fadhilatnya:-

1. Selawat ini diamalkan selepas selesai solat fardhu dan boleh dijadikan wirid harian. Insya Allah akan dijauhkan segala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada waktu-waktu genting.
2. Jika dibaca 500 kali setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak.
3. Jika dibaca 1000 kali setiap hari, akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun.
4. Bagi orang yang mempunyai hajat yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.
5. Sesiapa membaca selawat ini 300 kali semasa belayar ke laut, akan terselamat dari karam atau tenggelam.

Kredit: Sumber

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon