Cara Solat Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas.


Soalan : 

Saya bekerja di Kuala Lumpur dan sering terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Kerap juga saya tidak sempat solat magrib kerana berada di dalam kereta dan tidak dapat bergerak ke mana-mana . Dalam keadaan ini bolehkah saya menjamakkan solat magrib ke dalam waktu isyak ? 



Jawapan :

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas bukan darurat yang mengharuskan anda mendapat rukhsah (keringanan ) untuk jamak. Dalam keadaan yang sering menimpa warga kota ini, anda perlu bersolat magrib sambil memandu!

Caranya sangat mudah . Anda hanya perlu berniat dan bertakbir seperti biasa tanpa perlu mengangkat tangan daripada stereng. Lakukan rukun-rukun qauli (bacaan) seperti biasa dengan mata memandang ke jalan raya. 

Rukun-rukun fi'li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Seperti rukun qiam (berdiri) digantikan dengan bersandar pada kusyen; rukuk dilakukan dengan mengerakkan sedikit tubuh ke hadapan ; sujud dilakukan dengan mengerakkan tubuh sedikit ke hadapan; dan duduk dilakukan dengan menggerakkan tubuh sedikit ke belakang. Semua perbuatan ini hendaklah dilakukan tanpa mengganggu konsentrasi pemanduan. 

Sekiranya anda sampai ke rumah ketika waktu magrib masih ada, solat magrib wajib dilakukan seperti biasa. Sekiranya terlepas magrib anda perlu mengqadanya, kerana solat yang dilakukan di dalam kereta hanya sebagai menghormati waktu. 
# Solat perlu ada wuduk,wuduk perlu digantikan dengan tayamum (darurat ) .

Sekiranya bersolat dalam keadaan yang bergerak seperti kereta, disyaratkan menghadap ke arah kiblat pada permulaan solat tersebut sekiranya mampu melakukannya. Dalil yang mensyaratkan perkara ini ialah hadis Anas katanya bermaksud:

"Rasullulah ketika bermusafir dan ingin bersolat solat di atas tunggangannya , dia menghadap ke arah kiblat dan bertakbir untuk solat , kemudian dia melepaskan tali tunggangannya, dan bersolat ke arah mana ia (tunggangnya menghala)."
(Direkodkan oleh Ahmad dan Abu Daud) 

Tetapi sekiranya sukar atau boleh mendatangkan bahaya , seperti seorang yang sedang memandu kereta atau bot, tidak perlu dia menghadap ke arah kiblat. 

Petikan : 

Buku"Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Rohidzir Rais 


Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
Kunang-Kunang
AUTHOR
December 17, 2012 at 1:41 PM delete

ini dipanggil sholat menghormati waktu kan

Reply
avatar
December 17, 2012 at 2:36 PM delete

Subhanallah.. solat itu wajib ! dalam apa keadaan sekalipun.. Jangan pandang ringan huhu ..terima kasih selim kongsikan :)

Reply
avatar
Sue Echan
AUTHOR
December 17, 2012 at 4:07 PM delete

islam itu mudah. thanx for the info ya.. :)

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
December 17, 2012 at 4:44 PM delete

islam itu mudah..nice share

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
December 17, 2012 at 5:28 PM delete

Owh baru M paham..kiranya solat tu hanya utk hormati waktu la..

Reply
avatar
Terbakor
AUTHOR
December 17, 2012 at 7:01 PM delete

alhamdulillah. baru tahu pasal solat menghormati waktu. terima kasih untuk info ini ya :)

Reply
avatar
December 18, 2012 at 6:41 PM delete

Terima kasih berkongsi tentang solat waktu jem ni. Sgtw bermanfaat :)

Reply
avatar
Ameer Hamzah
AUTHOR
December 29, 2012 at 12:12 AM delete

tiada sebab untuk meninggalkan solat kecuali wanita yang uzur syarie

Reply
avatar
Khairul
AUTHOR
October 23, 2013 at 6:02 PM delete

kalau da solat tu dalam kereta, x pyh solat lagi kan di rumah? btul ke kefahaman saya nih>?

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon