Cara Bersolat Ketika Dalam Kapal Terbang?

solatdalamkapalterbang
Soalan : 

Bagaimana hendak bersolat ketika dalam kapal terbang? 



Jawapan 

Solat tetap wajib walaupun di atas kapal terbang . Sekiranya perjalanan tidak jauh , boleh lakukan solat jamak dua waktu sama ada sebelum berlepas atau selepas mendarat. Tetapi sekiranya masa penerbangan terlalu lama hingga melebihi dua waktu solat atau ketika masuk waktu subuh, solat hendaklah dikerjakan di dalam pesawat . Berada dalam pesawat yang terhad ruangnya sudah tentu menimbulkan kesukaran. Tetapi anda perlu berusaha untuk solat dengan memenuhi semua rukunnya. Hanya setelah tidak dapat, barulah solat dilakukan sekadar kemampuan dengan meninggalkan beberapa rukun seperti solat orang sakit . 

Berikut adalah beberapa saranan yang boleh dilakukan untuk bersolat di atas pesawat : 

1- Berusaha mencari tempat untuk bersolat dengan sempurna. Anda boleh minta kebenaran daripada anak kapal untuk bersolat di ruang kosong di hadapan atau dicelah-celah kerusi . Sekiranya ruang itu digunakan oleh mereka untuk tugas-tugas kabin, tunggulah hingga kerja mereka berkurang atau selesai . 

2- Sekiranya ketika bersolat pesawat bergoyang, dibolehkan berpegang atau bersandar sebentar pada dinding atau kerusi bagi mengimbangi diri kerana Rasullulah saw juga pernah solat dengan bersandar pada tiang ketika sudah uzur. Tetapi jika gegarannya kuat , lebih baik duduk dan teruskan solat sambil duduk. 

3- Sekiranya goyangan pesawat begitu kuat hingga amaran "pasang tali pinggang keselamatan" atau "fasten seat belt" dikeluarkan, anda boleh bergerak ke tempat duduk dan menyambung solat di kerusi . Keadaan ini sama dengan keadaan solat dalam ketakutan (solat khauf) . 

4- Sekiranya tidak memperoleh tempat untuk bersolat dengan berdiri, anda boleh solat di tempat duduk sendiri dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah daripada rukuk. Sekiranya dapat menentukan arah kiblat, hendaklah menghadap ke arah kiblat ketika bertakbiratulihram. Solat ini tidak perlu diulang setelah sampai ke destinasi .

Arah penerbangan yang berubah-ubah ke arah utara dan selatan, serta ada kalanya selari dengan pusingan bumi dan gerak matahari menyebabkan kesulitan untuk menentukan waktu solat . Namun kesulitan ini bukan lesen bagi penumpang meninggalkan solat . 

*Rukhsah yang diberikan kepada orang yang dalam perjalanan yang panjang.
1-Qasar solat
2-Jamak solat
3-Berbuka puasa ramadan
4-Sapu khuf

Bagi musafir yang berada di atas kapal terbang , waktu solat fardu dapat ditentukan dengan beberapa cara :  

1- Memerhatikan keadaan di luar 

Apabila matahari tenggelam di ufuk barat, bererti waktu maghrib sudah masuk . Setelah hilang cahaya merah di langit, menandakan waktu maghrib tamat dan bermula pula waktu isyak . Waktu subuh pula masuk apabila matahari mula terbit diufuk timur. 

2- Ijtihad 

Waktu solat zuhur dan asar dapat ditentukan berdasarkan kedudukan kapal terbang di atas ruang udara negara . Maklumat ini boleh diperolehi daripada juruterbang dengan bantuan pramugari. Sesetengah syarikat penerbangan memaklumkan waktu setempat. Berdasarkan maklumat ini anda boleh melewatkan sedikit solat  kerana waktu di udara lebih lambat daripada di darat. Lebih mudah sekiranya anda dapat menjamak dua solat dalam satu waktu. Sama ada jamak takdim atau jamak takhir berdasarkan mana yang lebih mudah. Tetapi sekiranya maklumat ini tidak diperolehi , anda boleh berijtihad dan solat anda sah dengan ijtihad tersebut. Melainkan sekiranya selepas solat anda mendapat maklumat bahawa waktunya belum masuk, maka solat perlu diulangi semula.

Petikan : 

Buku "Anda Bertanya Ustad Menjawab Mengenai Solat" 
Rohidzir Rais 
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
are_lin@yu
AUTHOR
December 14, 2012 at 11:29 AM delete

pelbagai cara kita bolr=eh solat ikut keadaan ketika itu..salam jumaat

Reply
avatar
Mrs Velentine
AUTHOR
December 14, 2012 at 12:06 PM delete

lagi tambahan ilmu terima kasih

Reply
avatar
aizu's life
AUTHOR
December 14, 2012 at 2:33 PM delete

info menarik.. solat tiang agama.. walau pe keadaan pn, tiang harus kukuh :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
December 14, 2012 at 3:18 PM delete

Subhanallah indahnya Islam, Islam tu mudah tp jgn ambil mudah :) *perkongsian yg baik walaupn xpernah naik flight lg.. hehe tp at least nanti mne tau ade can nak nek flight, ini boleh jd rujukan ^^ terima kasih :D
#jap, berbuka solat tu ape ?

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 14, 2012 at 3:50 PM delete

Mar Haini, sorry sebenarnya itu adalah taiping error pape saya dah betulkan...

buka solat dah dibetulkan kepada buka puasa.

Terima kasih atas teguran tu...daripada mselim3

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
December 14, 2012 at 4:20 PM delete

Owh baru M tau...Tq utk perkongsian bermanfaat..

Reply
avatar
RIZZNA
AUTHOR
December 15, 2012 at 12:52 PM delete

Alhamdulillah. Perkongsian yg baik. Kalau tk silap sy kapal trbang malaysia ada menyediakn tmpt khas yg brsih dn sesuai utk brsolat.

Hurmm tktaulh soaln CiM ni nmpk teruk ke tdk. Rasanya belum prnh trbaca kaedah solat dlm keretapi. Mungkin bg kita d malaysia prkara ni nmpk remeh kann sbb kita boleh brhnti d mana2 prhntian dn smbung kembali prjalanan especialy backpack yg brkelana dr jb ke kb. Tp klau d luar negara mcm mana?

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
December 17, 2012 at 7:58 AM delete

pasal persoalan cinta misteri tu ada jawapan dalam buku yg saya baca nie...kalu nak tahu jawapannya selalu lah mengikuti perkembangan blog nie k...saya akan buatkan entry khas utk kaedah solat dalam keretapi pulak...insaallah kepada sesiapa yg mengikuti blog nie @ pembaca blog saya.

mselim3

Reply
avatar
maestro
AUTHOR
December 18, 2012 at 12:56 PM delete

thank you for the info.
i kdg2 travel to china waktu dah lps solat..ade info skit skg =D

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon