Saudah binti Zam'ah bin Qais Al-Quraisyi adalah isteri Rasullulah saw yang kedua setelah meninggalnya Saidatina Khadijah , kemudian sekitar tiga tahun berikutnya beliau menikah dengan isteri ketiganya, Puteri Abu Bakar as Siddiq iaitu Aisyah .
Suami pertama sebelum perkahwinannya dengan Rasullulah saw bernama Syukran bin Amir , saudara lelaki Suhail bin Amir Al-'Amiri .
Disebutkan oleh riwayat tentang Saudah , bahawa dia seorang wanita yang berperawatakan cukup besar dan tinggi. Namun yang lebih penting sebagai keistimewaan peribadinya, Saudah tergolong dalam isteri Rasullulah saw sekaligus sahabat Rasullulah saw yang terhormat, pintar dan tinggi akhlaknya.
Sikap Saudah yang mendapat tempat kebanggaan dalam hati Rasullulah saw , adalah bahawa dia begitu akrab dengan isteri-isteri beliau yang lain , apatah lagi kepada Aisyah. Walaupun sebelum ini, mereka mereka saling berpaling muka setiap kali ada kesempatan untuk berhadapan.
Aisyah berkata:"Belum pernah aku mendapatkan seorang wanita yang cintanya kepadaku melebihi Saudah, dia banyak mempergunakan waktu-waktunya berkumpul bersama Aisyah .
Al-Qasim bin Abil Bazzah meriwayatkan , katanya:"Sesungguhnya Rasullulah saw telah menyampaikan berita talaq kepadanya (Saudah) melalui seorang sahabat baginda. Dan dalam keadaan duduk , Saudah berkata,:"Ya Rasullulah , aku bersumpah dengan nama tuhan yang telah menurunkan Kitab Al-Quran kepadamu,apakah sebabnya engkau hendak menalaqku?"
Jawab baginda :"Kerana dendam di hatimu!" Lalu Saudah menjawab:"Sesungguhnya tidak, Ya Rasullulah "
Lanjutnya :"Bila engkau tidak akan rujuk kembali kepadaku,aku bersumpah demi Allah swt aku tidak akan pernah bersuamikan selain dirimu, itu akan kulakukan kerana aku hanya menginginkan engkau tetap menganggapku isterimu."
Selesai berkata begitu,Saudah diruju' kembali oleh Rasullulah saw . Lalu , Saudah berkata;"Sekarang aku banyak mempergunakan waktu-waktuku untuk menemui Aisyah."
Aisyah berkata:"Saudah adalah seorang wanita yang setiap kemahuannya harus dipenuhi. Hal ini terjadi ketika dia berniat melakukan rukun haji di Muzdalifah sebelum banjir umat muslimin memenuhi tempat itu. Maka dia, meminta izin Rasullulah saw , akan tetapi beliau memahami sifat isterinya itu, beliau pun mengizinkannya."
Saat wafatnya Sayyidah Saudah si calon penghuni syurga bertepatan dengan masa-masa terakhir pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab di Kota Madinah.
Adapun riwayat hadis yang dikumpulkannya sebanyak 5 riwayat hadis sahaja. Satu diantaranya diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Kitabnya, Sahih .
Petikan :
Buku"Cerita-Cerita Motivasi Untuk Hidup Bertakwa"
9 comments
Write commentsperkama kali tau tentang cerita ini. tq share ye
ReplyAssalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 524 .
ReplyNanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link
nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)
Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .
From: Fariz Reza [Dot] Com
owhhhhhhhhhh baru saya tahu. menarik cerita menarik cerita neh :)
Replybaca sini
ReplyBila tengok Nama Saudah ni teringat plak kak Ipaq M..
ReplyNice blog..lain dari yang lain..meh la jd follower saya plak
Replysalam mselim. syukran kerana sentiasa mnyediakan info2 menarik.sebelum ni tak tau pun psl isteri Nabi saw yg nama Saudah.
Replynice info :)
thanks you abang mselim (^_^)
Replytengok blog abang , teringat blog fariz masa dulu2...
lebih kurang macma ni juga : )
jarang kt dengar kisah saudah, apa pun para isteri Nabi tentunya mereka yang baik2.. dan mereka juga manusia biasa x lepas dr buat silap :)
Reply# mereka teladan kita :)
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon