Nama Rasullulah S.A.W Ada Dalam Taurat.

namarasullulahsawadadalamtaurat

Hadis Imam Ahmad dari Abdullah bin Masud yang berkata bahawa dia dan Rasullulah saw pernah bertemu dengan sekumpulan orang Yahudi yang membaca Kitab Taurat . Bila sampai pasal yang menyebut kisah dan sifat seorang Nabi, mereka pun berhenti membaca. 


Ada seorang Yahudi yang sedang sakit mendengar bacaan mereka. Nabi bertanya :"Mengapa mereka berhenti?" 
Orang itu menjawab:"Mereka sampai kepada fasal yang menyatakan tentang tentang seorang Nabi dan sifat-sifatnya." 


Orang Yahudi yang sakit itu merangkak mengambil Kitab Taurat dan membacanya hingga sampai kepada fasal mengenai Nabi, lalu dia berkata:"Ini adalah sifat kamu dan sifat umatmu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah." Kemudian orang itu pun mati. 

Nabi Muhamad saw berkata kepada para sahabatnya:"Kafanilah saudaramu ini. " 

Dalam Riwayat lain, Nabi sendiri yang mengafankan orang itu dan ikut menguburinya.

Petikan : 
Buku"Siapa Wali" 
Halaman 20-21 
Mustaffa Suhaimi
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
November 7, 2012 at 5:13 PM delete

tq share info2 begini ye!

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
November 8, 2012 at 5:27 AM delete

Hebatnya Rasulullah SAW...namun masih ada yg kufur untuk menafikannya..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon