Ertinya :
"Wahai Tuhan Kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan agama kami".
(Surah Al-Kahfi:10)
Fadhilat Ayat :
Doa di atas seelok-eloknya dibaca oleh para pejuang muda yang menegakkan agama Allah agar mendapat kejayaan dan kesejahteraan.
Kerana doa ini adalah doa yang dibaca pemuda ashabul kahfi , yakni 7 pemuda yang beriman kepada Allah swt hingga mendapat petunjuk daripada-Nya. Doa ini dibaca oleh mereka ketika hendak masuk ke dalam gua sebagai tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan agama yang hak, agama mereka dari fitnah-fitnah dari orang-orang zalim. Dan Allah swt mengabulkan doa mereka . Kisah Ashabul Kahfi dapat di baca dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26.
Petikan :
Buku "Ubat,Doa & Penyembuhan serta khasiat surah-surah al Quran
Al Fadhil Ustaz Sharhan Safie
2 comments
Write commentsBagusnya kalau diamalkan tentera islam ...
Replydoa ni dibaca selepas kuliah
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon