KARAMAH SAIDINA ABU BAKAR AS SIDIQ ....

makananmenjadibanyak


Abu Bakar As-Sidiq adalah sahabat Nabi saw yang paling tua dan paling dihormati Rasullulah kerana beliaulah yang membantu baginda ketika orang lain menentangnya, dan beliaulah orang yang pertama membenarkan apa yang diucapkan oleh baginda kerika orang lain mendustakannya .



Maka cinta beliau kepada Rasullulah di balas dengan cinta Rasullulah saw yang berlipat kali ganda kepadanya . Bila Rasullulah mencintai sahabatnya , cinta Allah kepadanya pun tidak pun tidak kurang daripada itu. 

Maka orang pertama sesudah Nabi saw dimuliakan oleh Allah dengan karamah-Nya tidak lain dari Abu Bakar As-Sidiq jua . 
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdur Rahman bin Abu Bakar bahawa pada suatu masa Abu Bakar menerima tiga orang tetamu dirumahnya . 

Kebetulan, beliau baru pulang dari rumah Rasullulah dan telah makan bersamanya di sana . Abu Bakar pun meminta isterinya menghidangkan makanan kepada para tetamunya itu. 


Apabila makanan telah dihidangkan Abu Bakar mempersilakan tetamunya makan sendiri kerana beliau telah pun makan di rumah Rasullulah saw. 

Abu Bakar masuk ke dalam kerana suatu hajat, dan beliau keluar dilihatnya hidangan makanan itu seperti tidak dimakan oleh 
mereka. 

Abu Bakar mempersilakan lagi mereka makan . 
Seorang dari tetamunya itu menjawab,"Demi Alllah kami telah makan. Tetapi kami hairan kerana setiap kali makan sesuap makanan itu bertambah banyak ." 

Abu Bakar menyangka isterinya telah menambah makanan , lalu bertanya kepada isterinya : "Apakah engkau memasak makanan sebanyak itu ?"

Isterinya menjawab :"Tidak . Sesungguhnya makanan itu saya lihat bertambah tiga kali daripada yang saya masak ." 
Abu Bakar berkata:" Mungkin ini dari perbuatan syaitan." 
Oleh kerna makanan itu masih banyak , Abu Bakar pun membawanya ke rumah Rasullulah saw . Pada keesokkannya , keadaan makanan itu tetap baik seperti biasa . Kebetulan , pada hari itu ada pertemuan di rumah Rasullulah saw . Semuanya 12 orang yang datang ke situ. 

Bila majlis tamat mereka pun bersurai, tetapi Nabi saw menyuruh mereka pulang lagi untuk makan bersama-sama di rumahnya.

Mereka pulang membawa beberapa orang kawan masing-masing dan mereka makan makanan yang dibawa dari rumah Abu Bakar itu sehingga kenyang semuanya . 

Imam Fakrur Razi di dalam kitab tafsir Surah Al-Kahfi menyebut banyak lagi tentang karamah Abu Bakar As-Siddiq . 

Satu riwayat lain menyebut bahawa pada suatu masa Abu Bakar telah memberi puterinya aisyah sedih wang hasil dari jualan buah tamar , tetapi aisyah tidak mahu menerimanya lalu wang itu disimpan sahaja . 

Ketika Abu Bakar sakit dan hampir wafat beliau bertanya pada Aisyah di mana wang disimpannya itu, kerana jika aisyah tidak mahu menerimanya, wang itu ada warisnya sesudah beliau wafat . 
Abu Bakar berkata:"Waris bagi wang itu ialah dua orang saudara laki-laki . Kamu hendaklah membahaginya kelak menurut kitabullah."

Aisyah berkata :"Sesungguhnya saya memang hendak berikan wang itu kepada semua waris yang berhak . Tetapi ayah hanya mempunyai seorang lagi puteri selain dari saya, iaitu Asma' . Siapakah yang seorang lagi ?" 

Inilah karamah Abu Bakar , kerana beliau dapat melihat jantina di dalam kandungan Jariah itu, iaitu bayi perempuan . 


Sumber : 
"Buku Siapa Wali "
Halaman 42-44 
Susunan Mustaffa Suhaimi
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
October 2, 2012 at 6:04 PM delete

Hebatnya Karamah Saidina Abu Bakar..

Reply
avatar
suffian adam
AUTHOR
March 1, 2018 at 4:12 AM delete

terima kasih atas perkongsian..saya ambil yang haq sahaja lain2 tidak.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon