Pada suatu hari seorang sahabat baiknya mengajak Imam Abu Hanifah makan di rumahnya . Mereka memasak gulai ikan dengan harapan ulama terbilang itu berselera memakannya. Tetapi imam Abu Hanifah langsung tidak menyentuh gulai ikan itu. "Tuan , mengapa tuan tidak memakan ikan ini? Bukankah ia halal dan berkhasiat?" tanya tuan rumah .
"Saya menahan diri saya daripada makan ikan selama enam tahun . Hingga sekarang tempoh itu masih belum cukup,"jawab Imam Abu Hanifah .
"Mengapa tuan berbuat begitu? tanya tuan rumah.
Menurut Imam Abu Hanifah , beberapa tahun sebelum itu orang ramai kecoh kerana kehilangan kambing peliharaan mereka. Setiap hari ada sahaja kambing yang hilang. Pada suatu hari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah , Imam Abu Hanifah melalui sebuah kawasan belukar lalu terdengar suara orang sedang bergelak ketawa. Dia mengintai dari masa datangnya suara itu. Dilihatnya beberapa orang lelaki sedang menikmati daging kambing pangang.
Kemudian, sisa-sisa makanan itu dibuang ke dalam sungai . Imam Abu Hanifah segera bertanya kepada seorang nelayan berapa lamakah umur seekor ikan sejak menetas dari telur ibunya. Jawab nelayan selama enam tahun umur ikan itu.
Lalu Imam Abu Hanifah menahan dirinya daripada memakan ikan selama enam tahun kerana takut termakan ikan yang termakan sisa-sisa makanan daripada pencuri kambing itu .
Petikan dari "Kisah 4 Imam Mazhab" Imam-Imam Yang Benar .
Halaman 85-86
1 comments:
Write commentsMulianya Imam Abu Hanifah. Sanggup dia tak makan ikan sebab tak mau cemarkan darah daging tubuh beliau ngan hasil yg haram...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon