RAHSIA SYAITAN....

rahsiasyaitan


Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yang menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara. Berikut adalah beberapa rahsia-rahsia syaitan yang perlu kita ketahui. 



1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: ” Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepada-Mu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis! Tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). “ 

2. Iblis berkata:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid dan surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?.” Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai iblis! Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tempat-tempat hiburan ( pusat membeli-belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.” 

3. Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai Iblis, Bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan). 

4. Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ” Cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)” 

5. Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.” 

6. Tanya iblis lagi:”Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.” 

7. Kata iblis:”Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? .” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)" 

8. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?.” Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:”Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. “ 

9. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan nama-Mu), apakah makanan untukku?.”Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.” 

10. Kata iblis:”Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?” Firman Allah s.w.t yang bermaksud:” Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah.”

Kredit : Sumber 
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
September 13, 2012 at 3:06 PM delete

Kiranya Kalau pompuan pakai gincu tu tulisan bagi Iblis la yek? Leh jelaskan tak kat M..

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
September 14, 2012 at 7:51 AM delete

Bagi kes wanita bergincu pulak jawapannya adalah ......Jabatan Mufti Kerajaan Brunei menyatakan bahawa memakai gincu tanpa keizinan suami adalah haram. Bagi perempuan yang tidak bersuami pula, memakai gincu juga boleh menjadi haram sekiranya bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti menarik perhatian kaum lelaki.

Islam adalah agama fitrah kerana setiap hukum-hakamnya bersesuaian dengan fitrah manusia. Oleh itu tidak ada satu pun daripada hukum-hakam Islam itu yang bertentangan dengan fitrah manusia, bahkan fitrah manusia memerlukan dan berhajat kepada hukum-hakam bagi membimbingnya kepada jalan yang betul. Dalam kes berhias, Islam tidak melarang seseorang wanita berhias untuk kecatikan. Bagaimanapun, Islam menetapkan bahawa kecantikan itu hanyalah untuk seorang lelaki sahaja iaitu pasangan hidupnya yang bernama suami.

Menurut ustad azhar idrus pulak memakai gincu bagi wanita adalah harus jika tidak menimbulkan fitnah janji tidak berlebihan( warna gincu hendaklah bersamaan dengan warna bibir ) seperti lips gloss.

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
September 15, 2012 at 1:08 AM delete

Wah dah clear skang ni.. Tq so much^_^

Reply
avatar
Cik Puan
AUTHOR
September 25, 2012 at 5:22 PM delete

Baru nak tanya pasal gincu.dah ada jawapan kat komen.tq.nanti saya nak copy entry ne.boleh tak?

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon