NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI SEBELUM MENINGGAL DUNIA

nasihatsyeikhabdulqadirjailani

Ketika Syeikh sakit kuat dan menghampiri ajalnya, anak lelaki , Abd al-Wahid memohon nasihat beliau. Syeikh kemudian memberi nasihat , "Bertakwalah kepada Allah, taatlah kepada-Nya". Jangan takut kepada sesiapa pun selain Allah dan jangan pula mengharapkan balasan atas kebajikan yang kamu lakukan kepadanya. Jangan bergantung pada mahkluk untuk memenuhi seluruh keperluanmu . Mohonlah kepada Allah untuk memenuhi seluruh keperluanmu . 


Jangan bergantung kepada sesiapa pun selain Allah, bergantunglah kepada Allah . Berpeganganlah hanya kepada Allah . Berpeganglah teguh kepada tauhid ,Berpeganglah teguh kepada tauhid ,Berpeganglah teguh kepada tauhid . Pangkal segala kebajikan adalah tauhid . 

Bila hati bening bersama Allah, hati tidak akan kosong dari kebaikan dan kebaikan apa pun tidak akan keluar darinya . Aku adalah isi dan bukan kulit". 

Ketika ajalnya telah dekat Syeikh berkata kepada anak lelakinya , "Pergilah jauh dariku, zahirnya memang aku bersama kamu semua , tetapi aku juga bersama yang lain yang tidak kelihatan oleh kamu semua . Jarak antara aku dan kamu semua dan manusia seluruhnya adalah seperti jarak antara langit dan bumi . Oleh yang demikian , janganlah umpamakan aku dengan sesiapa pun dan jangan umpamakan seseorang denganku." 

Dihadapanku telah hadir selain kamu semua, beri tempat untuk mereka . Bersikap sopanlah dengan mereka . Telah datang rahmat yang agung di sini, jangan sempitkan tempat untuk mereka . 

Petikan : 

Buku Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Halaman 122-123 
Slih Ahmad Al-Syami
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
September 7, 2012 at 2:43 PM delete

Iyyaaka na'budu wa iyyaaka nasta'iin...17 kali sehari minimal kita baca dalam sholat.. entry yang bagus akhi MSelim...moge mendapat balasan pahala dari Allah SWT..amin.

Reply
avatar
mselim3
AUTHOR
September 7, 2012 at 3:35 PM delete

Terima kasih kerana doakan saya, segala pujian hanya untuk Allah...saya pun dalam proses belajar insaallah sama2 lah kita berpesan2 pada kebaikan...amin.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon