Filem hina nabi, duta Amerika di Libya dan paderi gereja merpati diserang...

1. Duta Amerika Syarikat ke Libya, seorang pakar teknologi maklumat dan dua orang lagi terbunuh dalam serangan orangramai ke atas pejabat konsul AS gara-gara marah pada satu filem yang belum mereka tonton.
2. Christopher Stevens dilaporkan mati akibat serangan jantung dan sesak nafas ekoran villa kediaman duta AS itu di Benghazi diserbu dan dibakar.
Penyerang bersenjata – yang didakwa kumpulan Ansar al-Sharia (‘Penyokong Undang-undang Islam’) yang bersimpati dengan al-Qaeda – meletupkan mortar, melepaskan tembakan serta melontar grenade dalam operasi militan serentak dengan tunjuk perasaan spontan orang Islam kepanasan itu.

Duta Chris Stevens
Berpuluh kakitangan kedutaan kemudiannya dipindah ke rumah selamat tetapi tempat berlindung yang kononnya rahsia itu diserang juga, dan seorang askarmarine beserta seorang lagi orang Amerika terbunuh – sumber Reuters.
Antara 12-17 orang dilaporkan cedera.
3. Kemarahan umat Islam dicetuskan oleh sebuah filem yang dikatakan telah menghina Nabi Muhammad. Filem bertajuk ‘Innocence of Muslims’ diterbitkan oleh seorang pengarah California yang identitinya masih samar.
Treler bagi filem kontroversi itu dimuat-turun di YouTube pada bulan Julai. Tambahan, ada satu versi yang disediakan dengan sarikata bahasa Arab.

Protes di merata dunia Islam

4. Kira-kira 2,000 orang juga turut memprotes di Mesir sejurus selepas kewujudan filem tersebut dikhabarkan melalui siaran televisyen. Kedutaan AS di Kaherah digempur oleh penunjuk perasaan yang bertindak membaling batu serta menurunkan dan membakar bendera kebangsaan AS — sumber Reuters.

Protes di kedutaan AS di Tunis, Rabu – gambar Associated Press
5. Penunjuk perasaan di kedutaan AS di kota Tunis, Tunisia turut membakar bendera ‘jalur dan bintang’ itu.
Kerajaan yang lepas di Tunisia, Mesir dan Libya yang sekular telah ditumbangkan dalam pemberontakan Arab Spring. Ketiga-tiga negara tersebut sekarang diperintah oleh kelompok Islamis.

Demo anti-Amerika di Casablanca
6. Bendera Amerika juga dibakar oleh kumpulan yang menjalankan protes di kedutaan AS di kota Casablanca, Magribi.
Protes sudah merebak ke Sudan di mana beratus orang berkumpul di depan kedutaan AS, dan juga ke Kuwait dan Gaza. [Mutakhir: Yemen juga]
Kedutaan AS di Algiers, ibukota Algeria, telah memberi amaranbahawa mungkin akan berlaku keganasan. Algeria ialah negara jiran yang berkongsi sempadan dengan Libya. Ada ura-ura beberapa kumpulan yang tidak dikenalpasti telah menggunakan jaringan media sosial untuk merancang demonstrasi — sumber Reuters.
7. Sementara itu, penduduk Tehran akan mengadakan protes hari ini di depan kedutaan Switzerland sebagai ganti kerana Amerika Syarikat tidak mempunyai perwakilan diplomatik di Iran.
8. Paderi Terry Jones telah menyiarkan filem anti-Islam itu sebagai sedutan pra-tonton dua hari lepas pada Sept 11 – tarikh ulangtahun serangan orang Islam ke atas Twin Towers di New York – sebagai sebahagian daripada acara tahunannya yang berjudul ‘International Judge Mohammed Day’.
Paderi evangelis Amerika tersebut pernah menjadi pemangkin menimbulkan rusuhan di Asia Barat apabila membakar kitab Al-Quran pada Sept 11 lepas —sumber: ‘The Christian Post
9. Reverend Terry Jones mengetuai gereja Dove Outreach Center di Gainesville, Florida.
10. Sebelum ini saya pernah memblog bahawa logo gereja Dove World Outreach ialah burung merpati yang melambangkan Roh Kudus tuhan triniti penganut Kristian. Boleh baca ‘Merpati: Logo gereja yang paderinya dulu mahu bakar Quran’
Kredit : Sumber



Filem yang menghina umat islam. Orang kristian ini tidak habis membuat provokasi atas umat islam dari dahulu lagi, adakah umat islam hari ini lemah sehingga orang islam hari ini begitu mudah dikotak-katikkan. Tentu tidak kan, ini kerana umat nabi muhammad saw semakin ramai dan kuat. Ini semua adalah satu dakyah untuk menjatuhkan umat islam hari ini. Ini macam satu propaganda yang "dimomokkan" oleh bangsa yahudi agar bangsa yang lain terus membenci umat islam. 



Tetapi percayalah agama Allah (islam) ini adalah agama yang terpelihara. Marilah kita sama mempergunakan senjata mukmin(doa) agar kita sama-sama berdoa agar musuh islam ini akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt. Sesungguh musuh islam yang menghina nabi kita ( muhamad saw) akan hancur. Selawat ke atas junjungan kita nabi Muhamad saw dan keluarga dan sahabat-sahabat baginda.    


Allahhuakbar.....
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
September 15, 2012 at 1:07 AM delete

Musuh Islam ni mmg tak abis2 nak provoke..saja nak cabaq kesabaran umat Islam..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
September 19, 2012 at 12:58 PM delete

filem ni provoke nak membuatkan org islam nampak ganas dalam menangani sesuatu isu. oleh itu kita tidak boleh cepat melatah. yg penting kita tau mereka jelas cemburu keagungan nabi kita.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon