HIKMAH BERZAKAT DAN PERBEZAANNYA DENGAN SEDEKAH

hikmahberzakat

Antara Hikmah diwajibkan zakat ialah : - 

1- Satu cara pengabdian diri terhadap Allah swt dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lainyang kurang bernasib baik seperti fakir miskin agar dapat turut sama mengecapi nikmat Allah .

2- Kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jahid (pengorbanan) melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun islam yang lima . 

3- Membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin terhadap golongan orang berada . Seterusnya untuk membersihkan golongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan yang merasakan diri mereka tidak mendapat perhatian yang sewajarnya .

4- Melenyapkan sifat cintakan harta, bakhil dan kedekut . 

5- Mensyukuri nikmat pemberian Allah swt dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah . 

" Amalan berzakat bertujuan untuk membentuk masyarakat saling membantu dan bersikap adil " 

Golongan berada dan mewah membantu golongan yang miskin sedangkan golongan yang daif mengasihi golongan yang berada . Zakat juga dapat membersihkan harta benda daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan , sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Rasullulah saw yang bermaksud : 

Daripada Jabir ra Rasullulah saw bersabda : 
" Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya , nescaya akan hapuslah segala perkara yang boleh merosakkan hartanya " 

Harta benda yang telah dikeluarkan zakat padanya akan mendapat keberkatan daripada Allah swt dan terpelihara segala bencana kemusnahan manakala pemiliknya pula akan mendapat kesejahteraan hidup duni dan akhirat . 


Perbezaan Zakat Dengan Sedekah 

1- Jumlah atau Nilainya. 
Jumlah atau nilai sedekah terpulang kepada hasrat si pemberi derma samada sedikit atau banyak . Disamping itu, sedekah yang diutamakan ialah sedekah yang tersembunyi sehingga dianjurkan agar masyarakat umum tidak mengetahui siapa penyumbangnya . 

2- Perbezaan Bentuk 
Sedekah boleh dibuat dalam pelbagai bentuk samada makanan, pakaian , ubat-ubatan dan sebagainya. Sedangkan zakat pula adalah dalam bentuk yang lebih khusus seperti zakat fitrah , zakat binatang  ternakan, biji-bijian, perniagaan dan emas/perak . 

3- Fator Masa 
Faktor masa juga membezakan zakat dan sedekah . Zakat mempunyai masa-masa tertentu patut dikeluarkan seperti zakat ftrah dikeluarkan bermula ramadan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri . Ia menjadi sedekah biasa jika dikeluarkan selepas solat sunat Aidilfitri dan haram dikeluarkan selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri . 

Sedekah pula boleh dikeluarkan pada bila-bila masa samada oleh orang lelaki ,perempuan, orang tua ataupun kanak-kanak sedangkan zakat pula tertakluk kepada beberapa syarat tertentu . 

Petikan : 

Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" 
Halaman 158-159
Dato' Ismail Kamus  
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Yen
AUTHOR
August 7, 2012 at 3:01 AM delete

Baca entri nih.. teringat belum bayar zakat fitrah lagi. Nak kena gi bayar cepat2..

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
August 8, 2012 at 1:35 PM delete

Good info n Tq for sharing.... Jadikan la amalan bersedekah tu sebati dalam diri kita ni.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon