Assalammualaikum...
Saya ucapkan kepada kekawan yang sudi membaca blog saya ini. Hari ini saya nak kongsikan teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan dalam beribadat. Diantara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadat ialah :
1- Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid ) .
2- Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya .
3- Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin .
4- Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan memperkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat .
5- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota .
6- Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri .
7- Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati .
8- Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup .
9- Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hati hambanya .
10- Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat sgala gerak-geri kita .
11- Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir .
12- Sebelum mengangkat takbir , sebelum membaca surah al-Nas, Selawat atas Nabi, istiqhfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan .
13- Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat .
14- Memusatkan seluruh ingatan kepada solat .
15- Memanjangkan sikit tempoh semasa rukuk dan sujud .
16- Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat .
17- Jangan memandang ke kiri dan ke kanan .
Petikan :
Buku " INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT "
Halaman 135-136
Karangan Dato' Ismail Kamus
1 comments:
Write commentsNice tips... Kadang2 Ada ja gangguan sampai susah betoi nak khusyuk...
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon