QADA DAN QADAR

Sedikit perkara ini saya ingin menerangkan bahawa, setiap yang berlaku terdapat dalam ilmu Allah SWT, dalam kekuasaan Allah SWT, dan dalam kehendak Allah SWT. Jadi setiap perkara yang berlaku ini di dalam Qada' dan Qadar Allah SWT seperti yang kita sedia imani (percayai). Cumanya saya ingin beritahu di sini bahawa, takdir Allah itu terdapat dua bentuk :-

1. Takdir Mubram2. Takdir Mu-'allaqTakdir Mubram = takdir yang tidak boleh diubah yakni setiap urusan yang terdapat dalam takdir mubram tidak akan berubah sekali-kali. Contohnya jika Allah SWT telah menetapkan bahawa kita akan mati pada jam 12 pagi, hari Khamis, 20hb Februari 1429H, akibat serangan jantung, di rumah mertua, ketika sedang makan, maka tetap akan berlaku perkara sedemikian, tidak kira apa usaha yang kita buat. Takdir ini tidak berubah sama sekali.Takdir Mu-'allaq = takdir yang tergantung yakni bergantung kepada sesuatu sebab yakni takdir yang boleh berubah-ubah bergantung kepada usaha dan doa makhluk. Setiap takdir sudah ditetapkan oleh Allah SWT dan terdapat di dalam ilmuNYA, jangan tersilap faham dengan mengatakan Allah SWT tidak tahu atau baru mengubah takdir kita. Contoh takdir ini adalah seperti :- Allah telah menetapkan bahawa kita akan cedera parah akibat kemalangan pada jam 12 pagi, hari Khamis, 20hb Februari 1429H, akibat perlanggaran dengan lori, di lebuhraya utara-selatan, ketika sedang membonceng motosikal, tetapi disebabkan kita berusaha menservis motosikal kita dan membawa dengan penuh cermat serta berdoa kepadanya sebelum membonceng motosikal tersebut maka, Allah SWT mengubah daripada mati kepada cedera ringan akibat perlanggaran dengan motosikal juga. Jadi, takdir akibat dilanggar tetap terjadi namun diringankan daripada dilanggar lori kepada dilanggar motosikal, daripada cedera parah kepada cedera ringan. Ini dikatakan takdir mu-'allaq.Berbalik kepada persoalan asas kita, jadi setiap yang berlaku itu samada berada di bawah takdir mubram atau di bawah takdir mu'allaq, kita sendiri tidak mengetahui, hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya cumanya wajib atas kita berusaha dan berikhtiar. Jadi membaca selawat termasuk salah satu jalan kita berusaha selain usaha fizikal yakni jika kita sakit kepala contohnya, maka di samping makan ubat sakit kepala kita pun berselawat memohon kepada Allah SWT supaya di sembuhkan dari penyakit tersebut.Oleh yang demikian, apabila kita membaca selawat tetapi tidak seperti yang kita harapkan maka boleh jadi dua kemungkinan :-1. Samada Allah telah tetapkan perkara yang berlaku itu tetap akan berlaku.2. Samada Allah SWT telah mengubah dari perkara yang lebih buruk berlaku kepada perkara yang berlaku itu.
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon