HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADAN

hikmahberpuasaramadan

Memandang puasa yang tidak lama lagi ini . Maka sukacita saya ingin berkongsi entry pasal "Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadan" ini . Diantara Hikmah Berpuasa dan Kelebihan Ramadan ialah : 

1- Ketibaan Ramadan umat islam di seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat  tulus ikhlas . Ini dilakukan dengan niat semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah . 

2- Dengan diwajibkan berpuasa, semua semua golongan islam , kaya dan miskin, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama . Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat manusia. 

3- Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Alllah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan . 

4- Dari segi kesihatan , perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi . 

5- Puasa itu disifatkan oleh Rasullulah saw sebagai separuh daripada kesabaran

6- Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-doa kecil .  

7- Kedatangan Ramadan ada keistimewaanya kerana dianjurkan ibadah solat tarawih, disamping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu inan muslim yang lain, khususnya mereka ynag daif . 

8- Riwayatkan sebuah hadis daripada Nabi Muhammad saw : bermaksud " Sesiapa berpuasa ramadan dengan penuh keimanan , mengharapkan balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu ."

9- Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga , ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan .

10- Malan Nuzul al-Quran (17 Ramadan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman . 

11- Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan ) ganjaran pahalanya daripada Allah swt .

Petikan : Buku "Indahnya Hidup Bersyariat" halaman 150 Dato' Ismail kamus        
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
July 18, 2012 at 5:07 PM delete

Semoga Allah panjangkan usia M dan memberikan kesihatan yang baik untuk M berpuasa di bulan Ramadhan ni..

Reply
avatar
Natasha
AUTHOR
July 18, 2012 at 5:21 PM delete

tq share.. bestnye klw sy dpt jumpe mlm lailatulqadar tu.. in fact, xde siape yg tahu..

Reply
avatar
June 8, 2013 at 4:43 PM delete

mudahan kita masih mendapati bulan ramadhan tahun ini dan bisa memnfaatkan kesempatan ini untuk membersihkan hati dari dosa-dosa yg pernah diperbuat dengan melakukan puasa ramdhan. amiin ya robbal alamin...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon