FADHILAT SURAH AL-KAHFI

fadhilatsurahalkahfi

Ahmad berkata : "Saya mendengar Al-Baraa'u ibnu Aazib berkata : "Seorang lelaki telah membaca surah Al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka diberitahunya kepada Nabi saw.


Baginda bersabda : "Adakah si fulan membaca Al-Quran? sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk Al-Quran. 
(Hadis Soheh,Riwayat oleh Shukbah) 

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Darda" daripada Nabi saw, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi . Maka terhindar daripada Al-Dajjal ."

(Hadis Muslim, Abu Daud ,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah) 

Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi . 
Imam Ahmad berkata :" Daripada Abi Al-Darda'i , Nabi saw bersabda daripada surah Al-Kahfi , maka terhindarlah daripada fitnah Al-Dajjal ." 
( HR.Muslim dan Nasa'i ) 

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad saw bersabda :" Sesiapa membaca awal surah Al-Kahfi , maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya , maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." 
( HR.Ahmad ) 

Daripada Umar berkata :" Nabi Muhammad saw telah bersabda :" Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat , maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit . Untuknya cahaya di hari Kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat ." 
( HR.Ibnu Katsir ) 

Daripada Abi Said Al Khudri berkata : 

" Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat , maka diampunkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq." 
( HR.Ibnu Katsir ) 

Daripada Mandzur Inbu Zaid ,Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an : " Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat , maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya . 
( HR.Ibnu Katsir ) 

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda:" Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan , jadilah cahaya untuknya di hari Kiamat ." 
( HR Ibnu Katsir ) 

Petikan :

Buku Amalan Surah-Surah Pilihan Fadhilat & Khasiatnya
Haji Johari Haji Alias
Halaman 3-6

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
July 5, 2012 at 5:45 PM delete

Nice sharing....ilmu yang sangat berguna..

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon