APA MAKANAN JIN ISLAM?

makananjin

Utusan jin telah berjumpa dengan Rasullulah saw minta menerangkan jenis makanan yang halal dimakan oleh jin islam. 


Rasullulah menerangkan kepada utusan itu mereka boleh makan tulang-tulang binatang melekat sedikit sebanyak isi-isi daging iaitu tulang-tulang yang dijumpai oleh mereka dan disembelih dengan menyebut nama Allah. Manakala binatang-binatang ternakan mereka bolehlah memakan tahi-tahi ternakan manusia , kerana inilah Rasullulah mengharamkan beristinja dengan tahi -tahi binatang berkaki empat unta,lembu,kerbau. Pertamanya kerana menjadi makanan saudara-saudara mukmin daripada jin dan yang kedua menjadi makanan ternakan mereka. 

Jin memerlukan makanan daripada rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk hidup dan supaya memelihara kehidupannya. 

Petikan : 

Angkara Jin Syaitan 
oleh S.Ali Balidram 
Bekas Kadi Bandar Raya Merangkap 
Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang
Halaman 33 
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon