Assalammualaikum....
Entry kali ini saya nak berkongsi cerita daripada radio...IKIM , radio IKIM ini nama penuhnya ialah Institut Kefahaman Islam Malaysia . Macam nak promote radia IKIM lak....heheh..
Pasal tajuk .... SETIAP SESUATU PASTI ADA HIKMAHNYA .
Ceritanya begini...
***********************************************************
Pada suatu hari ada seorang Pembesar Istana yang berkawan baik dengan Raja. Mereka berdua ini berkawan baik dan kerana terlalu baik mereka berdua kalau pergi mana-mana mesti berdua ibadat macam ISI dengan KUKU . Macam adik beradik lah dikatakan.... Namun begitu pada suatu masa...terjadi peristiwa yang tidak disangka-sangka.
Dimana pada suatu hari ketika mereka sedang berlatih bermain pedang Pembesar Istana tertusuk peha Raja secara tidak sengaja. Namun begitu . Raja berang dan tidak mahu memaafkan Pembesar Istana tersebut , lalu Pembesar Istana pun dipenjarakan tanpa belas ihsan . Pembesar Istana menerima dengan hati yang tenang dan redha pada ketentuanNya.
Dipendekkan cerita, ketika Raja berburu seorang diri di hutan. Pada kebiasaannya si Raja bersama Pembesar Istana tetapi pada kali ini si Raja hanya pergi berburu seorang diri . Ketika leka berburu, si Raja telah sesat ke dalam hutan dan tiba-tiba si Raja pun telah ditawan oleh sekumpulan manusia "orang makan orang" .Maka , si Raja tadi pun telah diikat untuk dibuat santapan puak "orang makan orang" tersebut. Namun setelah segala persiapan untuk menyalai si Raja telah siap dibuat, tinggal satu lagi acara yang tinggal. Iaitu setiap orang yang hendak disalai untuk santapan akan di "cek up" buat kali terakhir agar "orang" yang hendak dimakan nanti tiada cacat celanya.
Maka setelah diselidik dan diperhatikan , ketua puak orang makan orang tadi terpandang pada kesan tusukan pedang Pembesar Istana di peha si Raja . Maka, sudah menjadi syarat ketua puak "orang makan orang" akan melepaskan "orang" hendak disalai jika terdapat cacat cela.
Maka si Raja yang telah ditawan tadi pun dilepaskan . Setelah itu, si Raja pun pulang ke istana dan teringat pada Pembesar Istana yang telah dipenjarakannya itu.
Si Raja bertemu dengan Pembesar Istana dan mengucapkan terima kasih pada Pembesar Istana kerana menyelamatkannya kerana kalau tiada kerana kesan "tusukan " pedang Pembesar Istana sudah tentu si Raja akan mati disalai oleh puak "orang makan orang" tersebut.
Maka si Raja menyatakan alangkah baik jika dia tidak mempenjarakan Pembesar Istana ,"kata si Raja .
Kara-kata si Raja itu , telah dibidas oleh Pembesar istana ......katanya:
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon