Syaitan jua perlu makan dan minum kerana dia mahu hidup , syaitan menggunakan anggota kirinya dalam makan minumnya . Dia tidak susah mencari makanan kerana kebanyakkan makanan syaitan itu ialah daripada makanan yang tidak disimpan rapi .
Kerana penciuman syaitan sangat tajam dan dia tahu dimana ada makanan atau menumpang makanan manusia . Manusia mukmin yang makan seperti binatang, tidak menyebut nama Allah tatkala dia makan atau minum maka syaitan akan tumpang dan menyertai makan bersekali bersama-sama.
Syaitan amat suka kepada seseorang yang apabila "bersama"dengan isterinya tidak menyebut nama Allah kerana syaitan akan bersama menumpang sekali bersama-sama berkongsi dengan isteri kita itu .
Dalam perkara seperti ini, Rasullulah meninggalkan dua pesanan untuk menjaga keselamatan dan menjauhkan diri dari perkongsian dengan syaitan.
Pertama : Gunakan tangan kanan apabila apabila makan atau minum, mengambil dan memberi pada tiap-tiap perkara .
Kedua : Siapa-siapa makan hendaklah basuh tangan dan mulut hingga hilang bau dan sisa-sisa makanan yang melekat di mulut bagi menjauhkan dari jilatan syaitan. Sama jua apabila kita "bersama" isteri hendaklah menyebut nama Allah.
Petikan :
Buku Syaitan dan Jin
Halaman 22-23
Karangan S.Ali Balidram
Bekas Kadi Merangkap Hakim Mahkamah Syariah,
Pulau Pinang .
2 comments
Write commentspanduan yg amat berguna.. byk perkare yg kite xtau. hanye tau buat je, tp tak ikut landasan yg betul..
ReplySalam tuan, good n3, perkara asas yg kebiasaan kita lalai nak jaga adab makan.
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon