KISAH SEBIJI TEMBIKAI

kisahwaliallah

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

http://kisahteladan.info/iktibar/sebiji-tembikai.html
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
June 10, 2012 at 9:56 PM delete

insaf... selalu juga komlen bila terbeli buah masam... sedangkan kita lupa ianya adalah ciptaan Allah ...

Reply
avatar
Si Matatajam
AUTHOR
June 11, 2012 at 12:11 AM delete

M pernah gak baca kisah ni... Redha je la....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon