KISAH 3 ORANG SAHABAT TERKURUNG DALAM GUA

sahabatyangterkurungdalamgua


Ketiga-tiga orang sahabat yang terkurung di dalam gua ketika berteduh dari hujan , tiba-tiba sebuah batu besar bergolek dan menutup pintu gua itu sehingga mereka tidak dapat keluar .


Ketiga-tiga orang lelaki itu kemudian berdoa bergilir-gilir sambil menceritakan amal kebajikan yang telah mereka kerjakan oleh mereka dan memohon agar Allah menolong melepaskan mereka keluar dari dalam gua itu. Dengan wasilah amal makruf yang mereka lakukan itu dahulu, Allah mentakdirkan batu besar itu bergerak hingga pintu gua itu terbuka.

Menurut riwayatnya, orang pertama menceritakan bahawa dia telah memberi khidmat sepenuhnya kepada ibu bapanya yang tua dengan mengutamakan mereka daripada anak isterinya sendiri.

Orang kedua pula menceritakan bahawa dia telah memaksa saudara sepupunya berzina ketika gadis itu memerlukam bantuannya. Tetapi niat jahatnya itu dibatalkannya sesudah dia mendengar gadis itu berkata : "Takutlah Kamu Kepada Allah" .

Orang ketiga pula bercerita bahawa seorang daripada pekerjanya telah lari tanpa menerima upahnya. Dia tidak hanya menyimpan upahnya itu, bahkan dengan wang itu dibelikannya ternakan hingga ternakan itu membiak. Sesudah ternakan itu biak, pekerjanya itu muncul semula lalu diberikannya kesemua ternakan yang banyak itu kepadanya , semata-mata kerana Allah.

Dengan kata lain, ketiga-ketiga orang lelaki orang lelaki yang terkurung itu telah bertawasul dengan amal salih yang telah mereka kerjakan dulu . Dan terbukti bahwa amal salih mereka diterima dan dihargai oleh Allah, lalu Allah mentakdirkan batu besar pun terbuka semula ( Hadis Bukhari dan Muslim) 

Hadis yang menceritakan kisah pengalaman tiga orang lelaki salih yang terkurung di dalam gua ini diambil juga sebagai dalil bahawa berdoa dengan bertawasul dibolehkan dalam islam . 

Petikan : Buku Siapa Wali
Halaman 36-37
Karangan Mustaffa Suhaimi
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
June 30, 2012 at 12:18 PM delete

Sayangnya Allah pada hambanya yang berbuat amal kebaikan... Semoga Allah menyayangi dan melindungi M dan semua umat Islam di dunia ni

Reply
avatar
June 30, 2012 at 2:21 PM delete

nice n3, bab tawassul.Dapat di terangkan erti tawassul ni pun bagus jadi nanti kurang la percanggahan antara fuqaha dan sufi..good n3 bro..

Reply
avatar
November 1, 2015 at 1:34 PM delete

saya pernah dengar cerita kat ustzh saya di sekolah

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon