1) SURAH AL-FATIHAH
{1}Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
{2}Puji-Pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam
{3}Yang Pengasih lagi Maha Penyayang
{4}Yang menguasai Pemerintahan Hari Pembalasan{5}Hanya Engkau yang Kami Sembah Dan hanya kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan
{6}Tunjukilah kami jalan yang lurus
{7}Iaitu jalan orang yang Engkau telah berikan nikmat kepada mereka..bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
2) SURAH AL-HASYR AYAT 21-24
Maksud:
021. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.022. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
023. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
024. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
3) SURAH AL-MUKMINUUN AYAT 115-118
115) "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
116) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.
117) Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.
118) Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"
4) SELAWAT SYIFA'
PETIKAN :
Buku" Ikhtiar Penyembuhan Penyakit" dengan Ayat-Ayat dan Doa-Doa Mustajab.
Karangan Tuan Guru Dato'Haron Din
Pengasas dan Penasihat Darussyifa
Halaman 48
2 comments
Write commentsAlhamdulilah
Replyalhamdulillah... terima kasih utk doa2 ini..
ReplyAssalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon