Assalammualikum...entry saya kali ini adalah lebih kepada cara bagaimana kita untuk menghadapi tekanan. Janganlah kita buat perkara-perkara yang bukan2 untuk menghilangkan tekanan seperti tumbuk meja, hempas fail dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak berfaedah...
Disini saya ada titipkan beberapa tip atau petua cara untuk kita menghadapi tekanan menurut cara islam. ok.
Baca k jangan tak baca...untuk tambah ilmu k ambil ilmu yang baik , ilmu yang baik jadikan pedoman, ilmu tidak baik jadikan sempadan k.
1) Keimanan
Kembali kepada Allah melalui ibadah-ibadah fardu dan sunat yang lain. Pasakkan dalam diri akan keyakinan bahwa Allah memberikan jalan keluar pada hamba-Nya yang meminta dan mengharap. Konsistenkan amalan supaya bukan sekadar dibuat apabila menghadapi masalah.
2) Tadabbur
Benar,kita tidak ada untuk melihat Allah, tetapi kita mempunyai bukti-bukti kebesaran Allah. Lihatlah alam yang terbentang luas. Memikirkan betapa Penyayangnya Allah apabila makhluk di dalam batu boleh hidup, inikan manusia sebagai khalifah yang menadah tangan dan memohon bantuan-Nya.
3) Zikir
Allah swt berfirman yang bermaksud:"(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah hati akan menjadi tenang. " (surah al-Raa'd 13:28 )
4) Berimaginasi
Bayangkan keadaan syurga yang cukup indah. Ada sungai arak dan sungai susu yang mengalir, dilayan dengan bidadari yang cantik, tiada sedih, dan buruk sangka. Semuanya menggambarkan ketenangan . Fikirkan , layakkah kita menjejaki ke sana? Bagaimana harus kita ke sana? Syurga boleh menjadi motivasi supaya lebih kuat untuk menghadapi tekanan hidup.
5) Doa
Beza antara orang mukmin dan yang lain adalah senjata mereka yang dikenali sebagi doa. Doa penguat hubungan antara manusia dengan Allah. Allah swt berfirman yang bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku , akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina ." (Surah al-Mu'min 40:60)
Assalammualaikum w.k.t,
Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!
Admin;mselim3 EmoticonEmoticon