Boleh Buat Maksiat , Dengan Syarat.....

bolehbuatmaksiatdengansyarat

Boleh buat maksiat dengan syarat. Imam al-Qurtubi diceritakan berkenaan seorang lelaki dalam perjalanan mencari hidayah telah bertemu dengan seorang ahli sufi yang hebat bernama Ibrahim Adham. 

Beliau bertanya apakah ada ruang untuk beliau untuk melakukan maksiat. Lalu dijawab oleh Ibrahim bin Adham:"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat: 

  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah. 
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang tinggal di bumi Allah melakukan maksiat dan penderhakaan kepadaNya. 
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak akan kamu. 
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu maka katakanlah kepadanya untuk menangguhkan sedikit masa lagi supaya engkau sempat bertaubat. Sekiranya engkau dapat melakukan perkara tersebut. Maka dipersilakan untuk melakukan maksiat. 
  5. Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu ke dalam neraka maka katakan kepadanya kamu tidak mahu mengikutinya. Sekiranya engkau dapat berbuat demikian maka persilakan buat maksiat" 
Setelah mendengar kata-kata tersebut lelaki itu menangis teresak-esak kerana dia sedar bahawa tidak layak bagi seorang hamba Allah untuk melakukan maksiat kepadaNya. Ahkirnya lelaki itu menemui jalan hidayah. Dia bertaubat kepada Allah swt dengan bersengguh-sungguh. Sejak itu, dia segera menuntut ilmu dan beramal dengannya dan menjadi hamba Allah yang soleh. 
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
mselim3
AUTHOR
April 28, 2012 at 9:31 AM delete

memang begitu lah sebenarnya...heheh x boleh...
kerana kita ini adalah hambanya yang hidup menumpang dibumiNYa...kerana apabila cukup masanya kita akan dipanggil kembali....mengadapNya...

wassalam.....

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon