5 PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN...BACALAH....

5perkarayangperludisegerakan

Dari Hatim Al-Asom,"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada 5 tempat. Maka ia termasuk sunnah Rasulullah s.a.w :

1. Memberi makan tetamu, apabila ia berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat, bila ia telah meninggal.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.

4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.

5. Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

Lima pesanan dari Syaikh Al-Balkhi :

"Ambil olehmu lima perkara, kemudian amalkan,"
1- Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepada-Nya.
2- Ambil apa-apa dari dunia menurut keperluanmu selama umurmu di dalamnya.
3- Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azab-Nya. Nauzubillah..
4- Persiapkan bekal di dunia, untuk selama kamu tinggal di dalam kubur.
5- Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya.

Harta bertimbun boleh menyebabkan lima perkara :

Dari Sufyan Sauri ;

"Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya 5 perkara..."
# Panjang angan-angan.
# Sentiasa tamak.
# Sangat kedekut.
# Berkurang waraknya.
# Lupa kepada akhirat.

(Ibnu hajar Al-Asqalani)
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
M@W@R Q@SeH
AUTHOR
April 10, 2012 at 1:05 PM delete

tq...peringatan yg baik...mmg kdg2 x di nafikan mnusia ni benda yg patut di dulukan dilengah2kan...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
April 10, 2012 at 5:17 PM delete

Assalamualaikum,

Terima kasih berkongsi ilmu yang sangat diperlukan oleh setiap muslim.

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon