3 PERTANYAAN YAHUDI KEPADA RASULLULAH

pertanyaan-yahudi

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Abdullah bin Salam , seorang yahudi Madinah sedang bekerja di ladangnya ketika Nabi datang. Kata Abdullah: 'Aku hendak bertanya tiga perkara yang tidak diketahui jawapannya kecuali oleh seorang Nabi.

Diantara soalan-soalan Yahudi tersebut :
1- Apakah tanda pertama datangnya Kiamat?
2- Apakah makanan pertama ahli syurga?
3- Apakah yang menyebabkan bayi di dalam kandungan ibunya menjadi lelaki atau perempuan?

Nabi menjawab , aku diberitahu oleh Malaikat bahawa :
1- Tanda permulaan akan berlaku Kiamat ialah api besar yang akan merangkul manusia dari timur ke barat.

2- Makanan pertama yang diberi kepada ahli syurga ialah hati ikan .

3- Jika air lelaki mengalahkan air perempuan maka akan jadi anak lelaki, dan jika sebaliknya akan jadi anak perempuan .

Abdullah bin Salam pun masuk islam. Kemudian dia berkata: "'Ya Rasullulah, kaum Yahudi adalah kaum yang suka berdusta. Jika mereka tahu aku telah masuk islam sebelum kamu tanyakan sesuatu tentang aku, mereka tentu akan berdusta tentang diriku."

Bila kaum Yahudi datang, nabi bertanya: "Apa pendapat kamu tentang Abdullah bin Salam?"
Mereka menjawab: Abdullah bin Salam ialah seorang yang baik diantara kami. "

Nabi bertanya: "Apa pendapat kamu jika Abdullah bin Salam masuk islam ?"
Mereka menjawab : Semoga Tuhan jauhkan dia daripada islam .

Abdullah pun keluaar di hadapan mereka dan berkata: " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah."
Jawab kaun Yahudi: " Abdullah adalah seorang yang jahat dan putera seorang jahat.

Kata Abdullah: "Itulah yang aku takuti tadi, Ya Rasullulah !"
Previous
Next Post »

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon