10 PESANAN IMAM GHAZALI TENTANG SIFAT TERPUJI


alankabutayat64

Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah ( Terpuji ) .IMAM GHAZALI mengariskan sihat mahmudah ( terpuji ) kepada beberapa bahagian : 


1- Taubat - Keazaman untuk meninggalkan segla kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya. 

2- Takut akan Allah SWT - Perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya. 

3- Mahabbah - Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam. 

4- Zuhud - Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik. 

5- Sabar - Perasaan memujuk jiwa dengan keimaman. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat. 

6- Syukur - Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya. 

7- Ikhlas dan Benar - Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. 

8- Tawakal - Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha. 

9- Reda dengan qada Allah - Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin. 

10-Mengingati Mati - Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana. 


SUMBER : FACEBOOK

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Si Matatajam
AUTHOR
April 30, 2012 at 4:30 PM delete

Tq kerana share artikel ni. Bagus sgt.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 2, 2012 at 3:28 PM delete

as salam: terima kasih sharing... bila la saya nak dapat 10 perkara2 ni?? semoga akan dibukanan pintu hati semua umat islam di muka bumi ni... insyallah...

Reply
avatar

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng