KISAH TANGAN YANG PUTUS ( KARAMAH )

kisahkaramah


Diceritakan oleh Imam Fakhrur Razi bahawa Salman Al Farisi dan Ibnu Kawa' telah bertemu dengan seorang budak hitam di tengah jalan yang telah dipotong tangannya kerana mencuri.


Bila mereka bertanya siapa yang memotong tangannya itu, budak itu menjawab:"Tanganku di potong oleh Ali bin Abi Talib, Amirul Mukminin, menantu Rasullulah SAW dan suami  Fatimah Al Batuh. 

Mereka bertanya mengapa dia memuji Ali sedangkan Ali yang telah memotong tangannya. Budak itu menjawab: "Mengapa saya tidak memujinya kerana beliau telah menyelamatkan saya dari api neraka".


Bila kenyataan budak itu kemudian disampaikan oleh Salman kepada Ali . Ali pun meminta supaya orang ramai membawa budak hitam itu kepadanya. Bila budak itu tiba, Ali menyantumkan tangannya yang terpisah itu ke lengannya yang kudung, kemudian membalutnya dengan kain.

Sesudahnya itu, Ali pun berdoa meminta pertolongan Allah agar tangan budak itu kembali sepetti sediakala. Ramai orang yang menyaksikan bila pembalut itu dibuka, tangan budak itu telah tercantum semula dengan baik.

Setengah orang berkata mereka mendengar suara dari atas yang menyuruh kain pembalut itu dibuka untuk memperlihatkan tangan budak itu yang telah sembuh seperti sediakala.  

Petikan :
Buku Siapa Wali? Susunan Mustaffa Suhaimi m/s 52 ( Tangan Yang Putus )
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments

Assalammualaikum w.k.t,

Jaga adab semasa komen dan berbaik-baiklah sesama blogger. Insaallah komen anda akan mselim3 balas... tunggu!!

Admin;mselim3 EmoticonEmoticon